
Lihat Aksi Buaya ‘Test Power’ Berlumba Dengan Bot Laju Tarik Perhatian Netizen
Lihat Aksi Buaya ‘Test Power’ Berlumba Dengan Bot Laju Tarik Perhatian Netizen.
Apabila sebut tentang buaya, kita dapat bayangkan nama Bujang Senang yang pernah mengganas di Sungai Batang Lupar, Sarawak suatu masa dahulu.
Tular sebuah video seekor buaya besar dilihat seperti menguji dirinya berlumba dengan bot laju. Kejadian dalam video berkenaan dipercayai berlaku di North Queensland yang dirakam oleh seorang nelayan.
Menurut Daily Mail, buaya itu dikenali sebagai Tommy berukuran 4.5 meter sedang berenang di bawah bot laju sebelum muncul di permukaan air dan mengikutinya.
Ketika mereka mulai memecut, ada antara mereka yang melihat seperti air berombak di sekitarnya, beberapa saat kemudian buaya muncul di sebelah bot mereka.
Ketika bot itu semakin bergerak ke depan, buaya itu kelihatan hilang ke dalam air, Namun sebenarnya dia mengambil daya pecutan dan benar benar berusaha untuk mengalahkan bot tersebut. Aksinya seperti ikan lumba-lumba jika diperhati betul-betul.
croco races speedboat 😱 pic.twitter.com/Gd41U1UeQT
— Gators Daily 🐊 (@GatorsDaily) September 8, 2020
Malah ada juga yang rasa takut melihat video tersebut, seram melihat bot bergerak di sebelah buaya yang sangat besar.
Kata nelayan yang merakam kejadian itu, Tommy merupakan salah satu daripada buaya besar di rantau itu yang dikenali para nelayan tempatan.
Menurut pakar haiwan, tindakan buaya berkenaan adalah luar dari kebiasaan dan sangat berbahaya pada sekeliling.
Menurut Animals, buaya bergerak dengan perlahan ketika di darat kerana fizikalnya yang berat dan kakinya yang pendek. Tetapi mereka bergerak dengan cepat dan mudah di dalam air.
Kelajuannya boleh mencecah 25 kilometer sejam bergantung kepada spesis buaya itu sendiri. Buaya air masin (Crocodylus porosus) dianggarkan berenang dengan kelajuan hingga 15 kilometer sejam.
Sumber: Daily Mail
BACA: Kanak-Kanak Tawau Tumbuk Mata Buaya Elak Dibaham