Kedai Nasi Kandar Kluster Sivagangga Tak Rekod Maklumat Pelanggan 1

Lesen Premis Nasi Kandar Milik Kes Indeks Kluster Sivangangga Dibatalkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Premis milik kes indeks Kluster Sivangangga tidak dibenarkan beroperasi semula atas arahan tegas kerajaan negeri Kedah. Bukan itu sahaja, lesen premis Kedai Nasi Kandar Salleh, Napoh itu turut dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata premis tersebut diarah untuk ditutup dan disita selain daripada lesen premis dibatalkan sebelum penentuan tindakan lanjut selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran (TEMCO) ditamatkan pada 30 Ogos depan.

Pemilik premis nasi kandar itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana menjadi punca wabak jangkitan COVID-19 kembali meningkat.

Lesen Premis, Mahu Pantau Perniagaan Alasan Pengusaha Nasi Kandar Baru Pulang Dari India Keluar Rumah 1

Hasil makluman orang awam, beliau yang ingkar arahan kuarantin di rumah selepas pulang dari India 13 Julai lalu disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan kali kedua dijalankan telah ditahan dan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, sekiranya individu tersebut gagal mematuhi arahan, mereka boleh disabitkan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini giat menjalankan operasi pengesanan kontak rapat susulan daripada kegagalan premis berkenaan merekodkan data pelanggan yang hadir.

BACA: Kedai Nasi Kandar Kluster Sivagangga Tak Rekod Maklumat Pelanggan

Kira-kira 7,000 orang penduduk kampung meliputi empat mukim di Kedah dilaporkan terjejas susulan pelaksanaan TEMCO di sana. Malah negeri Perlis dan Pulau Pinang turut mencatatkan kes daripada kluster ini.

Dalam perkembangan lain, sebuah kumpulan pengguna dan beberapa badan bukan kerajaan di kedah bercadang untuk menyaman pemilik premis nasi kandar tersebut kerana menjadi punca tercetusnya kluster Siangangga di Malaysia.

Sumber: Harian Metro