
Lengkap Berbatu Nisan, Misteri Dua Kubur Di Belakang Rumah Akhirnya Terjawab
Sabtu lalu, penduduk Taman Sri Impian, Kluang telah dikejutkan dengan penemuan dua kubur lengkap berbatu nisan di belakang sebuah rumah.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1752908098179807&set=a.236151966522102&type=3
Mendapat perhatian pihak berkuasa, ada netizen yang mengatakan bahawa penghuni rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam.

Selepas disiasat, rupa-rupanya dua buah kubur lengkap berbatu nisan itu cumalah replika dan merupakan sebahagian daripada landskap rumah.
BACA: Berang Larangan Buang Sampah Tak Diendah, Penduduk Kampung Tekad Bina Kubur Sebagai Pengajaran
Pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 36 tahun memberitahu media tempatan setiap landskap yang dibina dari hadapan hingga ke belakang rumah sebenarnya berkaitan dengan aliran kehidupan sebagai hamba Allah hingga ke alam kubur dan sebagai peringatan kem4tian kepada keluarganya.
Tidak menyangka replika yang dibina menimbulkan prasangka negatif penduduk sekeliling, Zul memberitahu replika berkenaan dibentuk dengan membina batas terlebih dahulu sebelum memasang batu nisan yang diperbuat daripada kayu.
Pemeriksaan lanjut pihak polis juga mendapati tiada apa yang ditanam dalam replika kubur berkenaan. Replika kemudian diarahkan untuk dibuang dan tanahnya diratakan semula.
Di satu kisah yang lain, berang dengan sikap degil pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan tepi jalan meskipun sudah diletakkan tanda larangan membuang sampah serta memagar kawasan dengan tali menyebabkan penduduk Kampung Hujung Tanjung, Terengganu tekad membina sebuah kubur sepanjang dua meter.
Sumber: Harian Metro