
Lembah Klang Dan Pulau Pinang Bakal Kena Tempias Jerebu Indonesia
Fenomena jerebu yang melanda negara setiap tahun akibat pembakaran terbuka, pembakaran hutan dan pembebasan asap serta gas oleh kilang di Indonesia memberikan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.
Bukan hanya menjejaskan kesihatan rakyat, masalah jerebu turut memberikan kesan kepada sektor ekonomi, pertanian, alam sekitar dan biodiversiti.
Berikutan daripada kebakaran hutan di enam wilayah Indonesia, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) mengumumkan beberapa negeri di Malaysia bakal terkena tempias dalam tempoh sekitar tujuh hari berikutan daripada monsun Barat Daya dengan cuaca yang kering dan stabil, kelajuan tiupan angin sedikit meningkat.
Antara kawasan kebakaran yang terlibat di Indonesia ialah iaitu Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.
Berdasarkan ramalan mereka (MetMalaysia), pergerakan jerebu rentas sempadan dari Sumatera akan mempengaruhi keadaan di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan kawasan di sebelah utara negara seperti Pulau Pinang.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, angin yang pada ketika ini bertiup dari arah Sumatera ke arah Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan pemantauan satelit semalam, mereka mendapati bahawa terdapat 32 titik tompok panas sekitar Sumatera dan kuantitinya yang banyak akan memberikan kesan kepada Malaysia.
Situasi kebakaran di Riau, Indonesia dilihat semakin kritikal apabila hampir 6,000 orang petugas pengurusan bencana digerakkan ke kawasan terlibat oleh kerajaan Indonesia.
Sumber: Astro Awani
Smart juga VIVO S1 ini.
VIVO S1 : Offical launch in Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.