Bukan Lagi Banjir Kilat, Tapi Menyamai Situasi Banjir Besar 2014 Di Pantai Timur – Pakar Meteorologi 3

Lembah Klang Bukan Lagi Banjir Kilat, Tapi Menyamai Situasi Banjir Besar 2014 Di Pantai Timur – Pakar Meteorologi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas mengalami situasi hujan lebat yang berterusan bermula Jumaat, beberapa negeri mula dinaiki air termasuklah kawasan Lembah Klang yang mana banjir di Selangor antara disifatkan sebagai sesuatu di luar jangkaan.

Susulan itu, netizen di media sosial mula melancarkan tanda pagar #DaruratBanjir bagi menyampaikan maklumat berkenaan bencana ini supaya bantuan dapat diberikan dengan segera sama ada daripada segi info tempat berlindung, mangsa yang masih belum diselamatkan mahu pun talian untuk penyerahan bantuan bekalan kepada mangsa.

Bukan Lagi Banjir Kilat, Tapi Menyamai Situasi Banjir Besar 2014 Di Pantai Timur – Pakar Meteorologi 1
Situasi yang berlaku di Giant Shah Alam. Sumber: Twitter

Tahukah anda, pakar meteorologi, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah (Universiti Malaya) menerusi satu temu bual bersama media Astro Awani menjelaskan bahawa banjir yang berlaku di Lembah Klang ini bukan lagi banjir kilat biasa, sebaliknya menyamai banjir besar yang pernah melanda Pantai Timur pada tahun 2014.

Bukan Lagi Banjir Kilat, Tapi Menyamai Situasi Banjir Besar 2014 Di Pantai Timur – Pakar Meteorologi 2

Akibat daripada tekanan rendah di tengah Semenanjung, hujan secara bbaesar-besaran telah dijana.

Hujan secara besar-besaran telah turun di Banjaran Tutuwangsa dan masuk ke sungai-sungai utama di Selangor.

Natijahnya, sebahagian besar sungai berada di paras bahaya. Lebih memburukkan keadaan apabila kawasan Klang berdepan dengan air pasang besar dan air dari darat tidak dapat keluar.

Jumlah hujan yang terlalu lebat ini sehingga menyebabkan Terowong Lebuhraya SMART (Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir) yang berperanan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur juga tidak mampu menampungnya.

Biarpun Terowong Lebuhraya SMART ini merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia dengan kepanjangan berjumlah 9.7 meter.

Malah dalam penerangannya, Prof Azizan memberitahu jumlah curahan hujan yang berlaku dalam tempoh 24 jam ini bersamaan dengan jumlah hujan untuk sebulan. Membawa kepada situasi di mana kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air turut tenggelam.