
Lelaki Tunggang Motor Guna Kaki Sambil Minum Teh Ais Sah Positif Ganja
Lelaki tunggang motor guna kaki sambil minum teh ais positif ganja.
9 September lalu, tular sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki memandu dalam keadaan bahaya iaitu menggunakan kaki untuk mengawal pemegang motosikal sambil minum sebungkus teh ais.
https://twitter.com/rempitlogic/status/1303592305345978368
Dipercayai berlaku di Jalan Kuching, pihak polis pada semalam mengeluarkan kenyataan sedang mencari suspek dan hasil semakan mendapati motosikal tersebut didaftarkan atas nama seorang lelaki berusia 61 tahun.
Selepas mengunjungi alamat yang didaftarkan, mereka mendapati motosikal tersebut digunakan oleh anak lelaki beliau, M Thiruvarasu, 36 tahun ketika kejadian.
Disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya, beliau kemudiannya menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar dan didapati positif ganja dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
BACA: Aksi Polis Tendang Motosikal Cuba Lari Daripada Sekatan Jalan Raya Undang Pelbagai Reaksi
Daripada video tersebut, gelagat lelaki tunggang motor dengan menggunakan kaki seakan penunggang profesional apabila boleh memandu tanpa terjatuh biarpun pemegang motosikal hanya dikawal dengan menggunakan kaki.
Jelas tindakannya memandu di jalan raya bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi juga nyawa pemandu lain di atas jalan raya.
Sebelum ini tular mengenai aksi seorang pegawai polis yang menendang seorang penunggang motosikal yang cuba lari daripada sekatan jalan raya menjadi tular di laman media sosial semalam.
Trending now



