
Lelaki Tular Sembang Melalut, Adik Kongsi Kisah Sedih Di Sebalik Gelagat Abangnya
Lelaki Tular Sembang Melalut, Adik Kongsi Kisah Sedih Di Sebalik Gelagat Abangnya.
Sejak tahun lalu, lelaki ini menjadi tular kerana gelagatnya yang berjaya menjawab pelbagai soalan yang dilemparkan dengan penuh yakin, walaupun adakalanya sedikit melalut dan meragukan.
Lelaki dikenali sebagai Abang Agraban, kepetahannya berbual dan cukup menghiburkan para pendengar pengguna media sosial ini sebenarnya menyimpan 1001 kisah sedih yang menimpanya.
Perkara ini dikongsikan oleh adik perempuannya menerusi video TikTok, menyatakan bahawa abangnya merupakan seorang yang pandai dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Namun begitu, impiannya terpaksa dikuburkan disebabkan masalah yang menimpa keluarga mereka.
Abangya yang dikenali sebagai Baha adalah ketua keluarga mereka terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan. Mungkin dugaan dan cabaran yang dihadapinya membuatkan Baha berada dalam tekanan.
@sayatiarachannnel
Jelasnya, dahulu keluarga mereka berada dalam keadaan baik namun semuanya hilang apabila rumah mereka terpaksa dilelong.
Dalam keadaan sukar itu, Baha sebagai anak sulung perlu menggalas tanggungjawab menyara keluarga. Banyak pekerjaan yang Baha lakukan antaranya mengambil upah tukang cuci pinggan di kedai makan.
Adiknya turut memberitahu bahawa Baha membakar semua sijil yang dimiliki ketika bersekolah gara-gara tertekan dengan keadaan hidup dan tidak dapat menyambung pelajaran seperti rakannya.
@sayatiarachannnel cukup la ari ni ye sebab sy nk study esok exam nti sy cerita lagi #fypシ #fyp
Walaupun kecewa, Baha tetap bertanggungjawab dengan memastikan adiknya dapat menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi.
@sayatiarachannnel kdg2 sy xnk jwp soalan ni..sebab sedih untuk cerita smue ye..tp sy tpkse cerita untuk xjd fitnah. #fypシ #fyp
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu dan tidak menyangka apa yang dihadapi lelaki tular itu.
Ada yang mencadangkan supaya Baha membuka saluran YouTube sendiri disebabkan kebolehannya yang petah bercakap dan pandai menghiburkan pendengar dengan kata-katanya.
“The real king bukannya berapa puluh awek keliling dia… Tapi the real king is macam mana dia jaga keluarga dia. Respect.”
“Hargai abang awak… pengorbanan dia besar… balas budi dia selagi mampu… Orang yang selalu berkorban untuk keluarga ni jarangang dapat menikmati (enjoy) macam orang lain.”
“Buatkan akaun TikTok untuk abang Baha, mana tau boleh rezeki dengan TikTok atau akaun YouTube dan FB sekali, ramai yang akan support.”