
Lelaki Terseksa Tanggung Sakit Pipi Berlubang Penuh Nanah Akibat Sapu Minyak Motor Pada Gigi
Zaman sekarang, semua orang selesa merujuk pada internet terlebih dahulu sebelum berjumpa pakar. Daripada hal-hal dan masalah peribadi, rumah tangga sehinggalah kepada aspek kesihatan pun bertanya pada pak cik Google.
Namun tidak semua di internet itu sumbernya sahih dan berkesan. Akibat terlampau percaya pada sumber dan petua di internet, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila sakit gigi yang beliau alami semakin teruk.
Puncanya bermula daripada percaya pada maklumat di internet bahawa sakit gigi boleh diubati dengan menggunakan minyak motor. Pada awalnya, kesakitan beliau hilang namun selepas beberapa minggu, sakit giginya datang kembali.
Masih menggunakan minyak brek motor sebagai ‘ubat’, namun pada kali ini tidak berkesan dan menyebabkan bengkak pada gusi. Mungkin kerana takut berjumpa doktor gigi, beliau hanya berjumpa dengan doktor perubatan yang memberinya ubat tahan sakit dan antibiotik.
Walaupun sudah seminggu makan ubat berkenaan, bengkak semakin besar. Empat hari kemudian, barulah beliau berjumpa dengan doktor gigi gara-gara tidak tahan lagi menanggung kesakitan dan dimasukkan ke wad.
Hari kedua berada di wad, bengkak pada pipi beliau semakin besar dan kuantiti nanah yang terkumpul juga semakin banyak menyebabkan giginya terpaksa dibuang dan nanah tersebut dikeluarkan.
Malangnya pada hari ketiga, nanah yang berlebihan sudah sampai ke sistem saraf dan otak menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan dirujuk kepada jabatan perubatan lain.
Pada hari yang sama, beliau menjalani pembedahan dan kuantiti nanah yang dikeluarkan masih lagi banyak. Namun setelah seminggu dirawat di ICU, keadaan beliau semakin baik dan dirawat di wad biasa.
Untuk anda yang terlampau berani mengikut petua dan tip daripada media sosial atau pun di internet, harapnya sentiasa berhati-hati. Jangan terlampau mengikut saranan di internet, ada baiknya rujuk terus pada yang pakar.
Dunia kini, masyarakat bukan sahaja terdedah kepada bahaya scammer kesihatan yang menawarkan khidmat-khidmat perubatan tanpa lesen sah, tetapi juga pada lambakan informasi yang tidak benar di internet.
Sumber: Happy Wee
Bane pun layan Endgame.
When Bane Watched Avengers: Endgame
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.
Trending now



