Lelaki Terkejut Anaknya Bapa Saudara

Lelaki Terkejut Anak Yang Dibesarkan Selama Ini Sebenarnya Bapa Saudara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lelaki Terkejut Anak Yang Dibesarkan Selama Ini Sebenarnya Bapa Saudara.

Pelbagai kisah kehidupan yang tak disangka benar-benar berlaku dikongsikan di media sosial.

Lazimnya, jika seseorang itu mempunyai hubungan tidak baik dengan ibu bapa, mereka masih ada tempat bergantung dengan datuk dan nenek.

Namun, seorang lelaki terkejut dan terasa dikhianati apabila mengetahui bahawa teman wanita telah curang bersama datuknya.

Anak yang dibesarkan selama ini bukan anak kandung

Dalam satu pendedahan yang dibuat oleh pengguna TikTok bernama @stacks140, lelaki itu mengetahui bahawa anak yang selama ini disangkakan zuriatnya sebenarnya anak hubungan terlarang.

Lelaki Terkejut Anaknya Bapa Saudara
Gambar Hiasan

Keadaan itu sekali gus bermaksud kanak-kanak tersebut sebenarnya berpangkat bapa saudara kepadanya.

“Saya baru mendapat tahu bahawa anak saya sebenarnya merupakan bapa saudara saya.

“Datuk saya mempunyai hubungan sulit dengan teman wanita saya ketika kami tinggal bersama sebelum ini,” ujarnya.

Kata lelaki itu, dia mendapat tahu mengenai kecurangan teman wanitanya selepas memeriksa telefon pintar milik wanita itu.

“Saya memeriksa telefon teman wanitanya ketika dia sedang mandi bersama ‘anak mereka’ dan menemui banyak pesanan ringkas dari beberapa tahun lepas selain gambar-gambar dan perkara yang tidak senonoh,” katanya.

@stacks1400

Can’t believe I expected more from a man that had a whole other family around the corner from my granny house. #fyp #redpill #ZitHappens

♬ Gnarls Barkley Crazy Stephen Kramer Glickman – Gustavo Rocque

Video pendedahan lelaki itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Tambah lelaki itu, bapanya sendiri tiada hubungan baik dengan datuknya. Mereka sudah tidak berhubung sejak dia remaja lagi.

Dia berjanji tidak akan mendedahkan wajah ‘bapa saudaranya’ dan akan terus menganggap kanak-kanak itu sebagai anak kandungnya walaupun telah dikhianati sebegitu.

BACA: Macam Sinetron, Pengakhiran Kisah 29 Tahun Tertukar Bayi Ini Undang Sebak

Sumber: The Sun