
Lelaki Perut Buncit Berpeluang Menangi Hadiah Wang Tunai Dalam Pertandingan Ini
Biasa kita dengar pertandingan ratu cantik atau bina badan di seluruh dunia untuk meraikan kecantikan dan usaha mereka menjaga penampilan. Tetapi, pernahkan anda mendengar pertandingan untuk mereka meraikan bentuk badan yang ‘kurang’ digemari oleh masyarakat?
Mereka yang mempunyai perut buncit juga diberi pengiktirafan apabila satu pertandingan menggayakan perut buncit bakal diadakan buat julung kalinya di Sabah.
Pertandingan ini bakal dianjurkan pada 1 Disember 2019 di Kompleks Sukan Beaufort, menyasarkan khusus kepada kaum Adam dengan saiz pinggang paling besar. Menurut Malay Mail, peraduan tersebut dibuka kepada golongan lelaki berpinggang besar yang berusia sekurang-kurangnya 30 tahun.

Pengerusi penganjur pertandingan ini, Alex Soo berkata idea disebalik pertandingan itu adalah untuk meraikan lelaki dengan perut buncit. Katanya, wanita juga seharusnya berasa bangga andai pasangan mereka dinilai sebagai yang terbaik dalam pertandingan tersebut.
Para peserta hanya perlu menggayakan diri dan berjalan di atas pentas, kemudian akan dinilai oleh sepasukan juri dengan maklum balas daripada para penonton akan diambil kira untuk mengumumkan juara yang layak.
Buat masa ini, pertandingan yang dianjurkan tiada kategori namun jika ia mendapat sambutan yang memberangsangkan, mungkin akan mendakan beberapa kategori untuk pertandingan akan datang.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM400 manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing akan menerima hadiah RM300 dan RM200. Bayaran pertandingan hanya RM35 seorang dan jika berminat, boleh menghubungi Soo di talian 013-8531718.
Sumber: Malay Mail
Gemini Man filem aksi yang menjadi penanda aras baharu untuk teknologi dalam arena perfileman CGI.
GEMINI MAN
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.