
Lelaki Kongsi Video Simulator Penghidap Skizofrenia Nampak Dan Dengar Buat Ramai Rasa Seram
Lelaki Kongsi Video Simulator Penghidap Skizofrenia Nampak Dan Dengar Buat Ramai Rasa Seram.
Isu kesihatan mental semakin hari mula dipandang serius oleh masyarakat hari ini. Salah satu penyakit mental yang sering dihidapi oleh kebanyakan orang di dunia ialah skizofrenia.
Menurut Persatuan Psikiatri Malaysia, skizofrenia adalah sejenis penyakit mental yang serius di mana ianya menganggu kewarasan seseorang individu.
Penyakit mental jenis ini adalah kronik dan boleh berulang. Walaupun kadar berlakunya penyakit skizofrenia tidak setinggi kadar penyakit kemurungan atau penyakit mental utama yang lain, tetapi ianya boleh menjadi penyakit yang paling menjejaskan fungsi hidup sesorang individu, terutamanya jika tidak dirawat pada peringkat awal.
Ia mempengaruhi pemikiran, perasaan serta tingkah laku seseorang. Adakalanya mereka kelihatan seperti berada dalam dunia mereka yang tersendiri serta tidak berpijak ke alam realiti.
Ini kerana mereka mengalami kesukaran untuk menilai sama ada gangguan yang dialami adalah benar atau tidak. Bagaimanapun, penyakit ini boleh dirawat dan pesakit boleh sembuh dengan rawatan yang betul dan berterusan.
Kita sering dengar mereka yang menghidap penyakit ini biasanya mengalami halusinasi jenis auditori seperti mendengar bisikan atau suara ghaib yang bercakap dengannya atau sesama sendiri dan halusinasi secara visual.
Video simulator halusinasi seorang penghidap skizofrenia
Namun, kita kurang memahami bagaimana dan apa keadaan halusinasi itu. Seorang pengguna TikTok memaparkan video simulator perkara yang didengar dan dilihat oleh seorang penghidap skizofrenia dan ia membantu menjelaskan orang ramai apa yang mereka rasai selama ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2019 melaporkan bahawa terdapat 20 juta kes skizofrenia di seluruh dunia. Kebanyakan pesakit didiagnoskan pada peringkat usia lewat remaja sehingga awal 30-an.
Menerusi video tular itu, dapat dilihat imej samar menyerupai wajah bagaikan berada di sekeliling mereka dengan bisikan dan perbualan yang berterusan.
@xoradmagical #schizophreniasimulator #hearingvoices #neurodivergent #schism #drawing #hallucination #schizoaffective #bipolar #psychosis #schizophrenia #art #hey
Ia boleh menjadi sangat menakutkan bagi penghidap skizofrenia yang melihat dan mendengar sesuatu yang tidak wujud, terutama jika berlaku pada kali pertama.
“Sebagai ahli terapi, video simulator ini memberi pemahaman mendalam tentang apa yang dilalui oleh pesakit saya.”
“Mengetahui segelintir orang terpaksa melalui situasi ini selama berjam-jam amat meremukkan hati saya.”
Semoga video tersebut dapat membantu menyebarkan lebih banyak kesedaran tentang skizofrenia dan perkara yang dialami oleh penghidap skizofrenia setiap hari.