FE768DDC-956E-4FBB-AE10-41836CC5C4CC

Wakil Restoran Respon Isu Seekor Ikan Siakap Berharga Lebih RM1,000 Di Langkawi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wakil restoran respon isu seekor siakap Langkawi.

Selepas sahaja merentas negeri dibenarkan kerajaan, destinasi pulau menjadi tumpuan ramai sebagai lokasi percutian pilihan. Antara yang paling popular ialah Pulau Langkawi.

Hari ini, perkongsian seorang pengguna Facebook, محمد فارس ذوالقرنين menjadi perhatian netizen apabila beliau berkongsi pengalamannya makan seekor ikan siakap berharga RM1,196.80 semasa bercuti di sana.

E61C7703-264F-487E-93F0-3EA6706DAB02

DBFA6ABC-9019-4D34-B55F-C5416FA54645
Sumber: Facebook محمد فارس ذوالقرنين

“Maka kami pun tempah dua ekor siakap dan sebut untuk tujuh orang makan bersama dengan menu-menu yang lain.

Kemudian, datang seorang pekerja memaklumkan pada kami untuk double confirm ikan yang kami tempah. Kami bertanya kembali besar manakah ikan itu, selepas ditunjuk saiz ikan tersebut dengan tangannya kami bersetuju untuk ambil seekor sahaja.”

F28261F5-BF66-4CF9-85EF-B681A894AE12

Namun selesai makan, semasa mahu membuat bayaran, beliau terkejut bil yang tertera berjumlah RM1,852.50. Mahu dibayar tunai, tiada jumlah tunai sebanyak yang demikian.

9AE83A6F-B68D-4013-8396-7B6A4D264F85
Sumber: محمد فارس ذوالقرنين

Bertambah terkejut apabila menggunakan kad kredit, ada caj tambahan 5% yang membawa kepada jumlah bayaran RM2,000. Tiada pilihan yang lain, beliau tetap membayar menggunakan kad kredit.

EBB8C4B4-F77C-463E-867B-476B82A27ECD

Sedia maklum dengan harga di restoran ini memang agak mahal, beliau sempat menasihati dan memberi peringatan kepada sesiapa yang bakal hadir ke sini untuk cakna dengan harganya.

Sebelum ini pun, sudah ada yang berkongsi memiliki pengalaman yang sama juga.

Boleh baca perkongsiannya DI SINI.

Tampil menjelaskan keadaan yang berlaku, wakil restoran berkenaan memberikan respon mengenai isu tular berkenaan. Berikut kenyataannya.

F29C8CCD-D7D2-4975-844E-D010BC877B97

Sumber: Facebook محمد فارس ذوالقرنين, Syikin Musa

Menjadi pengajaran untuk semua berkenaan kisah Siakap Langkawi, di Facebook, seorang lelaki tampil berkongsi cara orang Cina pesan makanan laut di restoran mengikut budaya mereka.

Menerusi Facebook Tai Zee Kin, beliau berkongsi cara orang Cina yang selalunya akan melakukan kiraan bajet sebelum melakukan perbelanjaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Antaranya:

1. Di sudut akuarium di tepi restoran makanan laut, akan adanya nama dan jenis makanan laut yang ada dan harga setiap 100g, 1kg atau sukatan yag sesuai.

2. Di tepi akuarium akan adanya penimbang. Pelanggan boleh meminta peniaga untuk menimbang terlebih dahulu makanan atau meminta peniaga memberikan anggaran berat.

Baca lanjut: Bukan Jenis ‘Makan Dulu, Bayar Kemudian,’ Lelaki Ini Kongsi Budaya Orang Cina Pesan Makanan Laut Di Restoran