
Lelaki Jepun Didakwa Positif Koronavirus Selepas Pulang Dari Indonesia
Semalam media Jepun melaporkan seorang lelaki Jepun telah disahkan positif dijangkiti koronavirus selepas pulang daripada bercuti di Indonesia.
Sekitar dua bulan dunia dikejutkan dengan jangkitan koronavirus, sehingga kini kes dicatatkan di seluruh dunia adalah sebanyak 79,561 dengan kadar angka korban adalah seramai 2,619.
BACA: Hasilkan Lagu Inspirasi Daripada Koronavirus, Band Indonesia Ini Cipta Fenomena
Sudah merebak ke 33 buah negara, Korea Selatan mencatatkan peningkatan mendadak dalam tempoh masa 24 jam iaitu 554 kes dengan angka korban seramai empat orang.
Sehingga kini masih lagi timbul keraguan berikutan tiada kes jangkitan dicatatkan di Indonesia walaupun Indonesia sangat bergantung kepada pelancongan China.
BACA: Doa ‘Senjata’ Tiada Jangkitan Koronavirus Di Indonesia – Menteri Kesihatan
Dalam satu kenyataan media, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Novel Koronavirus Tokyo menyatakan permulaan gejala yang dihadapi individu berkenaan bermula pada 12 Februari lalu.
Tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China dalam tempoh masa 14 hari sebelum bermulanya gejala, keadaan yang dialami lelaki berusia 60 tahun itu diletakkan dalam kategori serius.
Menurut sumber, pada 15 Februari lalu, beliau telah mengunjungi Indonesia atas urusan bercuti bersama keluarga dan seusai pulang dari sana, beliau mengalami kesukaran bernafas yang teruk.
BACA: Covid-19: Sekotak Penutup Mulut Dan Hidung Di Indonesia Dijual Lebih Mahal Dari Harga Emas
Kes ini dicatatkan sebagai yang kedua iaitu individu yang positif dijangkiti koronavirus selepas pulang dari Indonesia. Kes yang pertama melibatkan seorang lelaki China, Jin yang disahkan selepas lapan hari pulang dari Bali.
Melihat pada kebergantungan Indonesia pada pelancongan China, agak mustahil untuk Indonesia tidak mencatatkan walaupun satu kes jangkitan. Tambahan pula negara berhampirannya juga sudah dijangkiti.
Sumber: Indonesia Expat
Trending now



