rumah tangga

Lelaki Ini Tepuk Dahi Apabila Tahu Ada Isteri Di Luar Sana Sanggup Layan Kandungan Dewasa Demi Suami

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perkahwinan adalah satu bentuk ikatan antara pasangan yang sudi berkongsi hidup, sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan dalam rumah tangga. Ia merupakan fitrah semula jadi alam dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang malam, pasang surut dan sebagainya.

Namun, bukan semua benda itu kekal. Akan ada pasang surutnya, akan ada tiba waktu hambar menjenguk ke dalam rumah tangga. Jika ada yang menyedari bagaimana ianya terjadi dan berusaha untuk memperbaikinya, boleh dikatakan yang pasangan itu betul-betul bertanggungjawab untuk mengekalkan hubungan bahagia mereka. Jika tidak menyedari, pasti akan hanyut dibawa arus persekitaran sekaligus membawa kepada berantaknya rumah tangga.

Walaupun ada pasangan yang berusaha untuk membawa kebahagiaan itu bersinar semula dalam rumah tangga, didapati ada sesetengahnya menggunakan teknik yang salah serta melanggar syarak. Inilah yang diluahkan oleh saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi, di mana beliau terjumpa satu penulisan di laman web IIUM Confessions, di mana seorang isteri meluahkan cara untuk menjaga kebajikan suami.

https://www.facebook.com/100001722723145/posts/3741869775880410/

rumah tangga

rumah tangga

rumah tangga

rumah tangga

Seperti dinyatakan dalam hantaran Facebook di atas, ternyata terdapat tips untuk menjaga kebajikan suami yang terang lagi bersuluh menyalahi undang-undang agama. Menonton kandungan dewasa bersama suami serta mengaplikasikannya ketika bersama bukanlah satu solusi yang bijak, malahan ia mampu menjerumuskan pasangan yang melakukannya kearah keruntuhan rumah tangga.

Mengapa boleh jadi begitu? Kerana, hubungan fizikal yang dilakukan oleh pasangan suami isteri itu adalah berlandaskan kandungan dewasa itu semata-mata, bukannya kerana penerimaan secara ikhlas oleh kedua-dua belah pihak. Adakah ini kebahagiaan sebenar yang dicari dengan mengamalkan penipuan dan ketidak jujuran?

Sekiranya berlaku masalah rumah tangga, kedua belah pihak haruslah bertenang dan tidak menuding jari ke arah sesiapa. Diri sendiri perlu mengambil muhasabah tentang kelalaian menunaikan tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing. Seterusnya, tegur menegurlah secara berhemah agar keadaan yang tegang dapat diselesaikan dengan penuh harmoni.

Suami adalah pengurus emosi isteri, isteri pula adalah pengurus nafsu suami.