
Lelaki Ini Status Asalnya Cuma Pendatang, Kemudian Menjadi Penjajah Di Palestin
Pendatang menjadi penjajah.
Pada tahun 2017, media Times of Israel pernah mendedahkan arkib penduduk Yahudi sebelum tertubuhnya Israel.
BACA: Unit 9900: Perisik Khas Tentera Israel Yang Dianggotai Remaja Autisme
Arkib yang merangkumi 10 tahu, bermula dari tahun 1937 hingga 1947 ini terdiri daripada 67,000 permohonan kewarganegaan di British Mandatory Palestine.
Tidak ketinggalan, permintaan itu turut datangnya daripada bekas Presiden Israel, Shimon Peres.

Dalam permohonan tersebut, turut dinyatakan nama ahli keluarga, tarikh dan tempat lahir serta beberapa lagi maklumat lain.
Biarpun maklumat yang dipaparkan dalam biografi Peres tidak dinyatakan bahawa beliau sebenarnya memohon untuk bersumpah menjadi warga Palestin, namun di dalam gambar permohonan tersebut jelas menunjukkan bahawa Peres telah menandatangani permohonan bersumpah yang mana beliau bersetuju untuk taat setiap pada kerajaan Palestin.


Pada ketika itu, tiada siapa mampu menjangkakan yang beliau pada ketika itu memohon dengan bersumpah untuk menjadi warga Palestin yang setia telah menjadi penjajah.

Pendatang menjadi penjajah
Peres digelar sebagai tokoh penjajah keji yang bertanggungjawab ke atas pertumpahan darah di Palestin.
Salah seorang ahli politik Israel, Basel Ghattas pernah mendedahkan Peres adalah ‘tonggak’ utama projek kediaman haram Yahudi dan salah seorang pemimpin yang keji, radikal dan kejam yang hidup paling lama.

Sehinggakan Peres disifatkan sebagai ‘hal yang paling merosakkan dan mendatangkan bencana buat bangsa Palestin dan bangsa Arab yang lain’.
Pada tahun 2016, Peres dilaporkan mengalami strok dan keadaannya dalam keadaan serius – pendarahan otak yang teruk namun masih stabil.
Namun pada 26 September tahun sama, hasil pemeriksaan menemui kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada batang otaknya.
Keesokan harinya, keadaan Peres merosot dan meninggal dunia pada 28 September di usia 93 tahun.
Sumber:
Trending now



