
Lelaki Ini Sewa Pawagam Semata-Mata Untuk Bermain Mobile Legends Dan PUBG
Lelaki Ini Sewa Pawagam Semata-Mata Bermain Mobile Legends Dan PUBG.
Dalam bermain permainan video pastinya ada pelbagai kaedah yang boleh orang lakukan.
Bermula dari peranti, posisi, lokasi ataupun dari hal paling umum hinggalah yang luar biasa semata-mata untuk kepuasan diri. Salah satunya bermain permainan video di pawagam seperti David Gadgetin.
Ya, jarang sekali kita mendengar seseorang itu boleh bermainan permainan video kegemarannya di pawagam kerana pawagam biasanya untuk orang ramai menonton filem tetapi ia pengalaman berbeza kepada David iaitu penggiat YouTube Gadgetin.
David ialah penggiat YouTube terkenal di Indonesia, David Gadgetin – antara salah satu saluran yang membincangkan isu teknologi, gadget dan sering melakukan ulasan ke atas produk terkini.
Beliau menyewa satu panggung wayang untuk bermain permainan video dalam telefon mudah alih seperti Mobile Legends dan PUBG serta beberapa permainan lagi.
Mempunyai lebih 5.4 juta pelanggan di YouTube, David memuat naik video bertajuk “Saya MINJEM [sewa] 1 GINCOPE BUILDING TO PLAY THE GAME!” David ditunjukkan menyewa satu bangunan pawagam CGV di Grand Indonesia.
Beliau berbuat demikian ketika Indonesia masih lagi dalam perintah sekatan pergerakan dengan panggung wayang tidak dibuka kepada umum.
Mengambil kesempatan itu, pihak CGV memberikan lampu hijau terhadap hasratnya untuk menggunakan pawagam bermain beberapa permainan, termasuk Crash Team Racing (CTR), Stardew Valley. Tomb Rider dan yang terakhir adalah permainan MOBA Moonton, Mobile Legends.
Hasilnya, ia memberi pengalaman luar biasa kerana sistem audi sinema CGV yang berkualiti tinggi beserta layat yang sangat besar. Malah, David mengatakan perasaanya apabila mendengar bunyi yang dihasilkan adalah sangat memukau dan mengujakan.
Bagi mereka yang ingin mengetahui bagaimana perasaan bermain permainan video di dalam pawagam, boleh menonton di bawah pautan ini.
Sumber: Esportsku
BACA: Kemas Kini Terbaharu PUBG Dilapor Ada Unsur Syirik, Cetus Perbalahan Para Pemain