
Lelaki Ini Pasang Jongkang-Jongket Di Tembok Sempadan AS-Mexico
Berada di sempadan antara dua negara boleh menjadi kawasan yang berbahaya.
Namun, lelaki ini menjadikan kawasan berbahaya itu kepada kawasan untuk kanak-kanak berseronok apabila berjaya memasang permainan jongkang-jongket di tembok sempadan negara.
Ronald Rael merupakan seorang pensyarah arkitek di University of California bersama rakan-rakannya mencipta jongkang-jongket yang dibahagikan antara dua sisi pagar sempadan yang memisahkan antara Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.
Mereka membawa jongkang-jongket berwarna merah jambu dan memasangnya di tengah sempadan antara Sundand Park di New Mexico (barat AS) dan Ciudad Jurez, Mexico. Rael meluahkan perasaan gembira kerana dapat menhubungkan dua negara dengan cara penuh bermakna.
“Tembok itu menjadi penghubung literal antara AS-Mexico yang mana kanak-kanak dan orang dewasa terhubung secara bermakna di kedua-dua negara, dengan mengambil kira setiap tindakan (gerakan) di satu pihak akan mempunyai kesan kepada pihak yang sebaliknya,” tulis Rael di Instagram.
https://www.instagram.com/p/B0fY2R6hfKr/?utm_source=ig_embed
Dalam hantaran video di Instagram itu, kita dapat lihat kanak-kanak dan orang dewasa sedang bermain dan berinteraksi antara satu sama lain walaupun dihalangi tembok sempadan dua negara itu. Ronald Rael menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang menakjubkan yang berupaya membawa penyatuan rakyat bagi dua negara itu.
Sempadan AS-Mexico merupakan sebahagian manifesto oleh Presiden AS, Donald Trump. Janji beliau mahu membina tembok diantara kedua-dua negara itu belum tercapai tetapi sudah banyak berlaku krisis yang dicetuskan presiden itu sendiri.
Sumber: The Guardian
Pelancaran JStarS dan KOLS.
JStarS Group and KOLS : Grand Launch
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.