Masak Zakarnya Sendiri

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis Makan Malam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lelaki ini masak zakar nya sendiri dan hidangkan kepada tetamu dalam satu majlis.

Amaran: AWAS, gambar yang terkandung dalam artikel ini mungkin meloyakan.

Pada tahun 2012, seorang lelaki Jepun, Mao Sugiyama, 22 tahun menjadi bualan seluruh dunia apabila kisah beliau memasak dan menawarkan zakarnya untuk dirasai sesiapa yang berminat menjadi tular.

BACA: Wanita Tuduh Rakan Cuba Santau Selepas Temui ‘Bungkusan Aneh’ Dalam Masakan

Sugiyama secara sukarela telah menjalani pembedahan membuang zakarnya beberapa hari selepas hari lahirnya memilih untuk membawanya ke rumah sebelum menawarkan kepada seiapa yang mahu merasai zakarnya dengan harga 100,000 yen (+-RM3,862) dalam satu majlis makan malam menerusi satu ciapan di Twitter.

“[Tolong ulang ciap] Saya menawarkan zakar saya (lengkap dengan testis dan skkrotum) dengan harga 100,000 yen untuk satu hidangan. Ia akan disediakan dan dimasak mengikut permintaan pembeli di lokasi pilihan.”

Beberapa minggu kemudian, lima daripada enam orang yang melakukan tempahan datang mengunjungi majlis berkenaan bersama puluhan lagi tetamu yang mahu menonton acara aneh tersebut.

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis 4

Sugiyama memasak sendiri zakarnya di hadapan tetamu dengan diawasi seorang cef dan kemudiannya menghidangkannya bersama cendawan dan pasli sebagai hiasan selain daripada menu berasaskan daging buaya sebagai menu tambahan.

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis 3

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis 2

Mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai penyakit kelamin, sebelum acara masak zakar nya sendiri dimulakan Sugiyama meminta mereka untuk menandatangai satu perjanjian yang menyatakan beliau tidak akan bertanggungjawab sekiranya ereka jatuh sakit selepas memakannya.

Lelaki Ini Masak Zakarnya Sendiri Dan Hidangkan Dalam Satu Majlis 1

Selain daripada zakar, Sugiyama juga dikatakan telah membuang puting dadanya dan meneruskan hidup tanpa zakar atau tanpa menggantikannya dengan kemaluan wanita.

Sebelum ini tular di Jakarta, seorang wanita mendakwa rakannya mahu menghantar sihir santau melalui masakan selepas terlihat satu bungkusan bertali dalam masakan sup yang disediakan rakannya itu.

Memetik sumber Suara.com, wanita berkenaan memuat naik t naik hantaran video masakan sup yang disediakan rakannya melalui akaun TikTok @jannah_04_ selepas percaya rakannya itu berniat jahat.

“Saya datang ke rumah rakan dan ketika itu dia sedang masak.

“Selepas melihat masakannya, saya jumpa satu bungkusan berbalut di dalam sup. Saya yakin dia berniat untuk menghantar santau kepada saya jadi saya enggan makan masakan itu,” tulis wanita itu pada video yang dimuat naik.

Sumber:

  1. Daily Mail
  2. Huff Post