
Lelaki Ini Kongsikan Sifat Sebenar Cucu Billionaire. Pakaian Macam Budak Maintenance Je
Apabila kita melihat orang kaya, mesti dalam fikiran kita membayangkan mereka berpakaian penuh elegan dan mewah, kan? Tapi tidak terjadi kepada satu kisah yang dikongsikan oleh Yazeed Hair Johari.
Beliau berpeluang untuk berjumpa dengan seorang cucu sebuah syarikat terkemuka tanah air. Dapatan daripada perjumpaan tersebut membuatkan beliau kagum dengan sifat daripada seorang jutawan. Jom kita baca perkongsian beliau.
KECOH DEKAT KAUNTER
Cerita dia, semalam macam biasa dekat Klinik Starhill.
Aku diberitahu, cucu kepada owner YTL nak datang ambil ubat.
YTL ni antara company dari Malaysia yang berjaya. Reserve cash diorang berpuluh billion ringgit.
So, lepas lunch tu aku pun naiklah klinik.
Cucu kepada owner YTL nak datang.
Yelah, VVIP kot nak datang dan Starhill Mall tu pun milik YTL group ni.
Kiranya level tuan tanahlah.
Aku pun standbylah, dan aku mula terbayangkan macam manalah gaya dia ni. Nanti tersilap cakap, tersilap advice, jadi hal pulak kan.
Nama dia Joseph Yeoh.
Anak kepada Francis Yeoh, iaitu anak sulong kepada YTL.
Budak maintenance ke ni?
Tak lama tu, bunyi kecoh dekat kaunter.
Eh apa yang happening sangat ni kan? So, aku pun jenguklah.
Berdiri seorang lelaki dekat kaunter ketawa terbahak-bahak.
Budak maintenance ke ni? Sebab diorang pun ada cakap yang budak maintenance nak datang check juga.
Lepas tu aku diperkenalkan.
“Inilah Joseph Yeoh”.
So, bila aku jumpa dia, dalam hati aku;
“Ehhh, Ehhh”, garu kepala kejap.
Sempoi gila yakmat.
Baju kemeja tak ada brand. Seluar pun biasa tak ada brand.
Kasut lagilah tak ada brand.
Paling best sekali tali pinggang. Tali pinggang cerut hat biasa tu. Sampai dah season aku tengok tali pinggang tu.
Yelah VVIP datang. Secara auto aku tengok atas bawah.
Aku garu kepala lagi.
“Betul ke mamat ni Joseph Yeoh?“. Dalam gambar punya elegance. Dekat luar dia punya sempoi, tak tahu nak kata.
Ni kalau terserempak tepi jalan ni, memang tak percayalah.
Gambar bawah tu Pangkor Laut Resort milik YTL dan YTL ni banyak lagi resort satu dunia. Jepun, UK dan lain-lain lagi. Semuanya level 4-5 star.
Aku macam tak percaya mamat ni punya sempoi siap bergelak ketawa macam biasa.
Sangat friendly.
So, masa kami fist bump tanda berkenalan tu, dia siap tunduk lagi tanda hormat. Dia pulak yang menunduk eh?😅. Aku pulak yang segan.
One word – HUMBLE!!
Dia punya humble level sembah bumi. Aku tak tahu nak cerita macam mana. Tapi, itulah level humble dia.
Selalunya kalau level founder-founder ni, nak semua orang tengok apa dia pakai, kan?
Semua benda kalau boleh nak tunjuk.
Tapi berbeza betul dengan level billionaire ni.
Tak ada pulak aku tengok dia pakai baju Burberry.Seluar kalau boleh nak logo designer.
Kasut kalau boleh nak sebesar-besar alam logo LV tu.
Tapi betullah orang kata.
Kalau orang dah level billionaire tu, tak perlu buktikan apa-apa pun. Sebab dia mampu je nak beli semua benda tu.
Tak ada apa lagi yang nak ditunjukkan.
Dia nak menunjuk pun tak ada masa.
Apatah lagi nak buat class jutawan. 😂
Itulah beza billionaire dan jutawan segera.
Respek betul aku dengan Joseph Yeoh ni.
Memanglah orang kata, lahir-lahir dah dalam dulang emas.
Tapi, kalau dah level kaya tahap billionaire macam ni pun masih humble, itulah next level.
Duit boleh beli Mercedes C Class, tapi duit tak boleh beli the real class.
Sebab orang super kaya yang humble ni spesis terancam, susah nak jumpa.
Macam tak percaya tapi benar.
BACA: Elon Musk – Terkaya Di Dunia Tapi Hidup ‘Simple’, Hanya Menumpang Di Rumah Member
Sumber: Yazeed Hair Johari