umrah haji

Lelaki Ini Kongsikan Selipar Yang Sesuai Untuk Digunakan Ketika Ibadah Umrah Dan Haji

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Musim haji baru sahaja tamat, jemaah haji Malaysia juga sedang beransur-ansur pulang ke tanah air. Ini adalah petanda bahawa musim umrah pula bakal bermula.

Bukan sahaja persediaan ilmiah diperlukan bagi menjalani ibadah umrah dan haji ini, bahkan persedian secara fizikal serta menjaga kesihatan tubuh badan juga amatlah penting.

Ini yang dikongsikan oleh Faisal Rahim apabila beliau menceritakan pengalamannya sepanjang musim haji. Jom kita baca.

Selipar yang sesuai untuk ibadah umrah dan haji

Nak review selipar yang aku dah pakai jalan kaki lebih 500km sepanjang kerja haji lebih 40 hari ni. Aku pilih ni sebab ia menepati ciri-ciri yang aku nak:

Nampak semua jari kaki untuk tujuan ihram umrah dan haji. Ada yang cantik, tapi tertutup jari kaki terutama jari yang hujung.

Boleh kena air untuk mandi (Mina) dan wudhu’. Benda ni penting. Ada kasut selesa tapi tak boleh kena air. Ada yang cantik dan leather tapi rosak bila kena air. Dalam bilik air kena pakai selipar kat Arafah, Mina dan tandas-tandas di sekitar Haramain.

Selesa. Ini top priority sebenarnya. Sebab nak kena jalan jauh lebih 10km setiap hari. Cushion cukup, bounce bila jalan, dapat protect kaki kita, kaki tak sakit bila pakai. Selipar jepun keras. Selipar RM5 terlalu lembut. Pijak batu terasa sampai ke kaki. Pastikan ia dapat halang dari jalan raya yang panas berbahang.

Senang nak pakai dan buka. Jenis tali memang terpaksa reject terus. Sebab masa berasak-asak nak keluar masjid tu, kena ada skill terus pakai selipar sambil berjalan. Lambat pakai selipar, kena tolak dari belakang dan kena jalan kat lantai yang panas. Keluar masuk khemah, hotel, masjid perlukan selipar yang mudah guna.

Boleh masuk beg. Ini penting melainkan kau nak usung selipar sana sini dalam masjid. Masjidilharam lebih utama sebab selipar selalu kena sapu sebab tempat kasut sikit. Masuk uncang, pastu masuk beg. Selipar yang keras, makan space dan tak boleh masuk beg.

BACA: Walaupun Menutup Aurat, Fesyen Muslimah Untuk Umrah Dan Haji Perlu Lebih Sesuai

umrah dan haji

Jaga kaki ni sebenarnya sama penting dengan jaga kesihatan sepanjang berada kat sini. Ramai sangat orang kaki melecet sampai berdarah tu kat tumit dan bawah ibu jari kaki. Itu belum gelembung air kat tapak kaki. Sakit dan pedih bukan kepalang. Semua tu sebab jalan kaki jauh dan selipar tak sesuai.

Sihat tubuh badan tapi terpaksa berehat sebab kaki tak boleh jalan jauh sebab melecet teruk. Kena tunggu kaki elok baru dapat jalan ke masjid. Perkara ini sesuatu yang biasa masa musim haji lepas ni.

Skechers GOwalk Gogamat. RM256. Ini bukan sponsor. Aku beli sendiri kat Sunway Pyramid. Jenama pun dah tak nampak sebab dah buruk.

Nota: Boleh lihat selipar jenis lain daripada Skechers; Skechers Man On-The-Go 600 Shoes

BACA: Kerja Biasa-Biasa Tapi Boleh Pergi Umrah Tiap Tahun, Pemuda Tak Sangka Tip Yang Diberi Berhasil

umrah dan haji

Umrah Bersama Al-Aafiyah Travel & Tours Sdn Bhd

Musim Umrah telah pun bermula kembali. Jika anda ingin santai-santai dan fokus ibadah di tanah haram, boleh bersama dengan Al-Aafiyah Travel & Tours Sdn Bhd.

Pakej : Train to Haramain
Durasi : 11 Hari 9 Malam
Jarak Hotel : 50 meter (Mekah), 200 meter (Madinah)
Makan : Fullboard (Mekah), Halfboard (Madinah)
Penerbangan : Oman Air

al-aafiyah travel

Dapatkan maklumat lanjut pakej di https://aafiyahtravel.com/

Sumber: Faisal Rahim