curang

Lelaki Ini Kongsikan Pengajaran Daripada Kes Curang Yang Berlaku Baru-Baru Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini, seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.

Kejadian tersebut dirakam oleh wanita itu lalu telah tular di media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Asraff Jeffery telah memberi pandangan beliau berkenaan isu dosa peribadi dan dosa terhadap orang lain yang berkaitan dengan isu ini. Mari kita selusuri pandangan beliau di bawah.

Untuk orang Islam, kita kena beriman yang adanya dosa peribadi dan dosa dengan orang lain. Dosa peribadi boleh dihapuskan dengan taubat dengan Allah tetapi dosa dengan orang lain, itu tidak terhapus sampailah si mangsa memaafkannya.

Dalam kes curang yang viral kali ini, kita semua patut belajar sesuatu.

Memang si lelaki buat kesalahan yang besar. Ini fakta. Dan walaupun kita nampak cerai adalah solusi yang buruk tetapi itu adalah salah satu pilihan yang Allah bagi kepada hamba-hamba Nya.

Tetapi sekarang isu ini viral. Video orang download dan upload semula. Muka si lelaki jelas kelihatan. Kerjaya. Tempat kerja, walaupun sudah disensorkan, semua orang boleh Google. Kemungkinan lelaki itu sudah tidak boleh teruskan kehidupan macam biasa tinggi.

Kawan pandang hina. Diboikot di sana sini.

Dosa ini akan berterusan masuk ke dalam buku amal anda walaupun anda bekas Isteri. Beratus ribu orang baca, berjuta orang tonton video yang anda upload, kononnya nak tunjuk anda kuat tetapi hakikatnya anda lemah, anda balas dendam di Media Sosial.

curang

Bayangkan, kalau sekarang pun nama si lelaki di sebut-sebut, diejek-ejek, bagaimana dengan nasib anaknya nanti. Satu Malaysia kenal nama penuh lelaki dan perempuan dalam kisah ini, tidak pelik anaknnya diejek di sekolah nanti.

Kawan-kawan. Sebenarnya, kita nampak baik bukan kerana kita baik tetapi sebab Allah tutup aib kita. Bila kita dedahkan aib saudara Muslim kita, Allah akan dedahkan aib kita sendiri.

Kepada kawan-kawan yang berkongsi post berkenaan dan yang mengejek-ejek nama si lelaki, berhentilah buat yang demikian. Hari ini kita boleh gelakkan kesalahan orang tapi tiada jaminan kita akan buat perkara yang sama pada esok hari.

Salah satu golongan yang dilindungi Arash Allah dipadang Mahsyar nanti ialah lelaki muda yang bila datangnya wanita kaya dan cantik ajak berzina, dia tolak kerana takutnya pada Allah. Kalaulah ujian berzina ini kecil, pasti Allah tidak highlight perkara ini.

Semoga kita bertindak atas dasar Agama. Bukan emosi dan akal.

Bahana Curang

Apabila ada orang ketiga dalam hubungan rumah tangga, pasti ada ‘orang keempat’ atau syaitan yang akan menghasut untuk memporak-perandakan lagi keadaan rumah tangga tersebut.

Akibat curang, seorang lelaki berusia 54 tahun maut ditikam bertubi-tubi di Indonesia oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali dirumahnya. Boleh baca lebih lanjut di sini.

Sumber: Facebook Asraff Jeffery

Baca: ‘Layangan Putus’ Siri Yang Diadaptasi Daripada Kisah Kecurangan Sebenar