pakej prihatin

Lelaki Ini Kongsikan Pembetulan Falasi Pakej PRIHATIN

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.
Selepas pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ( PRIHATIN), terdapat bunyi-bunyi daripada pelbagai pihak meluahkan perasaan tidak puas hati tentang perutusan ini.
Namun, lelaki telah berkongsi perkara yang sepatutnya kita ambil kira sebelum mengkritik pakej yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan.
Pembetulan beberapa falasi fakta ekonomi yang berlegar dari semalam:

1) Kerajaan sanggup berbelanja RM250 billion untuk pakej ekonomi terbaru!

Tak. Kerajaan hanya berbelanja RM25 billion. Yang lain tu datang daripada:

RM100 billion – penangguhan hutang bank, tak ada belanja duit sesiapa. Effectively kita pinjam dengan diri kita sendiri dari masa depan.
RM50 billion – jaminan hutang oleh danajamin.
RM47 billion – duit pencen KWSP kita. Juga dari kita di masa depan.
Dan lain-lain.
2) Jadi kerajaan tipulah cakap pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 billion?
Tak. Betullah nilai kepada ekonomi adalah sebanyak RM250 billion.
Itulah nilai yang akan disuntik ke dalam ekonomi sekarang, walaupun ianya bukan duit kerajaan.
Dan memang dari dulu begitulah bajet Malaysia dilakukan, walau kerajaan parti mana pun.
Nilai suntikan dan bajet yang dinyatakan sentiasa bukan hanya datang daripada duit kerajaan, tetapi daripada pelbagai pihak dan bentuk.
Fundamentally, itulah nilai yang akan disuntik ke dalam GDP kita.
Macam kes Makcik Kiah, walaupun kerajaan hanya bagi RM4,200 dari poket kerajaan, tapi masih cashflow bulanan dia naik RM8,664.
3) Kenapa kerajaan tak gunakan duit rizab kerajaan RM400 billion?
Itu bukan duit rizab kerajaan, itu duit rizab antarabangsa negara Malaysia. Ianya duit rizab yang dikawal di bawah BNM, bukan di bawah kerajaan.
Duit rizab tu untuk polisi monetari, bukan polisi fiskal.
Polisi monetari tu apa?
Boleh la Google ‘fiscal policy vs monetary policy’.
pakej prihatin
4) Ada yang kata kerajaan ada simpanan RM2 trillion! Kenapa tak guna duit tu?
Tak, itu bukan duit kerajaan. Itu duit rakyat yang diuruskan oleh institusi kerajaan. Antaranya duit di dalam KWSP, KWAP, TH, ASB dan lain-lain.
Duit tu tak boleh ‘diambil’ oleh kerajaan. Ianya hanya boleh ‘dipinjam’ oleh kerajaan.
Dan institusi ini bagi pinjam pun mesti dengan kondisi yang menguntungkan mereka.
Sebab at the end kalau dividend KWSP rendah, kita juga yang akan marah.
Maka kerajaan boleh berhutang dengan institusi-institusi ini. Tapi ada kos. Dan kerajaan tersekat dengan undang-undang berapa banyak yang kerajaan dibenarkan untuk berhutang.
5) Jadi bagus ke tak pakej rangsangan ekonomi semalam?
Tanyalah diri sendiri. Gembira tak?
Kalau gembira maksudnya baguslah.
Kalau tak gembira maksudnya tak bagus.
Dalam setiap polisi ekonomi tidak ada polisi yang semuanya putih. Tidak ada polisi yang semua pihak menang. Pasti ada yang rugi.
Yang gembira kena empati dengan yang tak gembira. Mereka tak gembira pasti ada sebabnya.
Yang tak gembira kena empati dengan yang gembira. Jangan tak puas hati pula mereka gembira.
Setakat yang diperhatikan, individu dan pekerja kebanyakannya gembira. Yang tak gembira banyaknya di kalangan SME yang tengah susah nak survive tanpa bantuan kerajaan dan pakej semalam tak membantu pun keadaan diorang.
Kenapa tak membantu? Itu yang kena diempati oleh mereka yang gembira.
Cuba tanya Kak Kiah sebelah rumah. Dia gembira tak?
Wallahualam.
P/S: pentaksub politik main jauh-jauh.
Ikuti juga ringkasan Pakej PRIHATIN yang telah diumumkan Perdana Menteri di sini.