Scammer Guna whatsApp 4

Lelaki Ini Kongsi Taktik ‘Scammer’ Curi Duit Tanpa OTP Melalui Aplikasi WhatsApp

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika dahulunya scammer menjalankan kerja dengan melakukan penipuan melalui cara voice phising dan merayu agar mangsa memberikan OTP (one-time password) yang diterima kepada mereka.

Namun seiring dengan kemajuan teknologi, para scammer ini telah merangka satu modus operandi baharu yang tidak memerlukan mangsa memberikan OTP, sebaliknya dengan hanya menggunakan aplikasi WhatsApp mereka boleh mencuri kesemua wang yang ada di dalam akaun bank anda.

Scammer Guna whatsApp 5
Sumber: Medium

Bagaimanakah caranya? Ini perkongsian seorang lelaki, Jonathan Sidi yang telah menjadi salah seorang mangsa kepada skim penipuan mereka.

BABAK 1

1. Beliau menerima panggilan daripada nombor 017-8135084 tetapi tidak menjawab.

2. Nombor tersebut kemudiannya menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp yang disertakan beberapa tangkap layar atau gambar SMS OTP yang telah dibuat.

3. Scammer kemudiannya meminta nombor OTP dengan alasan isterinya tersalah hantar tetapi beliau tetap tidak memberikannya. Kemudian scammer memberikan gambar kad pengenalannya dan video yang menunjukkan nombor akaunnya bagi tujuan meyakinkan mangsa.

4. Dalam masa yang sama beliau terima beberapa SMS dari 63633 yang kandungannya berisi nombor OTP untuk lakukan pengeluaran dan pengesahan peranti. Pada waktu ini, beliau sudah dapat mengagak individu tersebut adalah scammer dan tidak memberikan OTP yang diminta.

5. Beliau terima lagi beberapa gambar SMS OTP di aplikasi WhatsApp dan masih tidak memberikan OTP.

6. Beliau kemudiannya menerima SMS dari 63633 yang menyatakan pindahan wang telah berjaya dibuat ke salah satu akaun Favourite Listnya dan pada waktu tersebut beliau tersedar sudah berhubung dengan scammer tersebut selama hampir satu jam.

7. Apabila beliau hubungi bahagian Perkhidmatan Pelanggan, pengeluaran tersebut dinyatakan telah berjaya dipindahkan ke salah satu akaun Favourite Listnya dan baki di dalam akaunnya cuma RM41.35 sahaja. Kemudian pihak Perkhidmatan Pelanggan telah mengambil tindakan menyekad kad, transaksi perbankan dalam talian serta aplikasi telefon dan menyuruh beliau melakukan laporan polis.

8. Beliau kemudiannya menyekat nombor tersebut daripada aplikasi WhatsApp selepas berhubung dengan bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Namun malangnya, perbualan bersama scammer terus terpadam antaranya video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalannya.

BABAK 2

Beliau pergi ke Balai Polis Samarahan untuk membuat laporan polis, namun disuruh rujuk ke Balai Polis Sg Maong kerana di sana lebih kepada jenayah komersial.

Scammer Guna whatsApp

BABAK 3

1. Pihak polis mencadangkan agar beliau hubungi pihak penerima dalam Favourite List dan apabila dihubungi pihak sana mendakwa beliau menerima panggilan dan WhatsApp daripada seseorang bahawa isterinya tersalah melakukan pindahan wang.

2. Nombor yang digunakan ialah 017-8660079 yang menggunakan gambar profile WhatsApp beliau. Scammer menghantar gambar bukti transaksi berjaya dan apabila pihak Favourite List semak, sah duit telah berjaya dipindahkan.

Scammer Guna whatsApp 3

3. Nombor tersebut meminta agar pihak Favourite List memulangkan kembali wang tersebut dengan memberikan nombor akaun yang lain, jika ingkar scammer akan melakukan laporan polis. Kerana takut, pihak Favourite List lakukan transaksi.

BABAK 4

1. Pihak polis Sg Maong memaklumkan, lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan dengan nombor 017-8135084 sehingga awal September ini dengan jumlah sebanyak lebih RM63 ribu.

2. Modus operandi scammer adalah mengemaskini peranti atau tersalah melakukan transaksi – pindahan wang ke akaun Favourite List ugut memindahkan ke akaun lain yang dijangka sebagai akaun transit atau ‘keldai’.

Scammer Guna whatsApp 2

Melalui perkongsian yang sudah dikongsi lebih 45 ribu kali di Facebook ini, Jonathan meminta agar sekiranya anda terima mesej sebegini, tutup atau disconnet wifi atau data serta jangan berhubung dengan scammer kerana disyaki semasa perbualan berlaku scammer boleh melakukan klon pada telefon yang membolehkan mereka melihat semua aktiviti yang dilakukan pada telefon bimbit.

Semoga kita lebih berhati-hati dan dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa skim penipuan dalam talian ini.

Sumber: Jonathan Sidi

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/