
Lelaki Ini Kongsi Pengajaran Pentingnya Fahami Polisi Sebelum Mohon Insurans Perjalanan
Perlindungan perjalanan sudah menjadi satu keperluan dan menjadi wajib jika anda ke luar negara, tidak kiralah sama ada trip itu untuk suka-suka, bisnes atau kedua-duanya. Ramai semakin sedar mengenai kepentingan pengambilan insurans perjalanan (travel insurance) apabila ingin melancong ke luar negara.
Namun, sejauh manakah kefahaman kita mengenai polisi insurans yang diambil? Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kamarol Khahar berkongsi kisah mengenai percutian keluarganya di Seoul, Korea Selatan.
Siapa sangka percutian keluarganya bertukar detik cemas apabila ayahnya tiba-tiba jatuh sakit selepas pulang melawat dari Nami Island. Kemudian mereka membawa ayah mereka ke hospital berdekatan di sana untuk mendapatkan rawatan dan bantuan oksigen memandangkan ayah mereka ketika itu sangat mengah dan bernafas dengan sangat laju.

Belum mendapat kelegaan apabila mendapati insurans perjalanan yang diambil bukanlah jenis yang boleh syarikat insurans bayarkan dahulu.

Keadaan semakin genting dengan bil hospital semakin mencanak naik dengan lajunya. Ditambah pula dengan cadangan doktor untuk membuat CT Scan, juga menelan belanja melebihi dua ribu ringgit dan perlu dibayar segera sebelum diteruska rawatan.
Mujur, dengan bantuan ahli keluarga dan kawan-kawan dapat mencari wang segera untuk membuat pembayaran. Namun, keadaan ayah mereka pada awalnya semakin baik bertukar buruk apabila ayah mereka mengalami demam.

Walaupun sudah membuat panggilan daripada ejen insurans untuk meminta bantuan agar diberikan guarantee letter (GL) kepada pihak hospital disebabkan kos upfront sudah tinggi, namun mereka tidak boleh mendapatkannya kerana sudah tertakluk dengan polisi ‘Pay & Claim’.
Mereka bercadang mahu membawa pulang ayah mereka ke Malaysia untuk menerima rawatan di sana.

Apabila sudah mendapat kebenaran untuk membawa ayah mereka pulang ke Malaysia, terdapat sedikit masalah untuk mencari penerbangan yang membantu penumpang sakit. Setelah berbincang mencari penyelesaian, akhirnya mereka berjaya membawa pulang ayah mereka dengan Malaysia Airlines pada keesokan harinya.
Dengan bantuan pihak airport, kedutaan, dan staf MAS. Kami dibawa masuk ke dalam dengan menggukan fast lane. Semua urusan Alhamdulillah lancar. Kami sampai di pintu pesawat betul-betul jam 10.20 pagi. Ngam waktu boarding. Kami diiring masuk terlebih dahulu. Pihak cabin crew MAS yang sudah bersedia terus membantu segala proses.

Kamarol memberitahu jumlah kerugian sepanjang proses perubatan di sana dianggarkan sekitar RM120,000. Syukur, segala urusan mereka dipermudahkan dengan bantuan daripada rakan-rakan, ahli keluarga, dan semua mereka yang terlibat.
Pengajarannya di sini, penting untuk kita memilih polisi insurans perjalanan yang sepatutnya. Perlu ketahui dahulu apakah terma yang diberikan mengikut polisi yang mahu diambil. Pastikan jika mengambil insurans perjalanan bukan dari polisi pay & claim dan ambil yang boleh mengeluarkan GL kepada pihak hospital.
Untuk pembacaan lanjut, boleh ke Facebook Kamarol Khahar di sini.