Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit Di Xinjiang

Lelaki Ini Kongsi Kisah Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit Ketika Berkelana Di Xinjiang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak belakangan ini, kisah kekejaman kerajaan komunis China terhadap etnik Uighur di bumi Xinjiang mendapat perhatian dunia. Penindasan terhadap etnik ini yang beragama Islam telah disuarakan penduduk Dunia namun tidak ramai pemimpin yang mampu bersuara mempertahankan mereka atas dasar kemanusiaan.

Seorang pengguna Facebook, Zikri Fuad berkongsi pengalaman beliau ditahan polis kerajaan China hanya kerana bersolat di sebuah masjid wilayah Xinjiang ketika mengetuai ekspedisi jalan darat memasuki negara tembok besar itu semasa Kembara Inspirasi Haji pada tahun 2017.

Menurut Zikri, ekspedisi melalui jalan darat itu merupakan kali kedua yang mana kali pertama ialah pada 2014 namun pengalaman yang diterimanya berbeza apabila rombongannya hampir sahaja dinafikan untuk memasuki negara tersebut kerana pelan perjalana tertulis perkataan Xinjiang.

Walau bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana rombongan mereka melalui ejen pelancongan daripada sebuah syarikat terkemuka dan berpengalaman luas termasuk mempunyai rekod baik sebelum ini.

Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit Di Xinjiang
Sumber: FB Zikri Fuad

Di Xinjiang, kawalan di sana cukup ketat dengan mempunyai banyak checkpoint untuk pemeriksaan oleh pihak polis dan askar dengan hampir setiap lokasi mempunyai mesin pengimbas badan.

Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit Di Xinjiang
Sumber: FB Zikri Fuad
Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit Di Xinjiang
Sumber: FB Zikri Fuad

Salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang berkelana di Xinjiang ialah ketika mereka ditahan polis kerana solat tanpa permit di sebuah masjid di Turpan.

“Hanya masjid ini (gambar) berjaya dibolosi kerana tidak ada sebarang halangan dan polis yang menjaga kerana terletak di pelusuk ceruk kampung di sebuah gurun Gobi yang sentiasa gersang tanpa setitis air hujan pun.

“Mungkin rezeki kami dan doa musafir yang sangat ingin solat di masjid,”katanya.

Namun, mereka diuji apabila ditahan polis seusai solat di situ. Mereka dibawa ke balai untuk disoal siasat.

Selepas empat jam disoal siasat dan perbincangan bersama ketua balai, pemandu pelancong dan ketua ekspedisi, rombongan tersebut dilepaskan daripada melakukan kesalahan memasuki masjid dan bersolat tanpa permit polis.

Tambah Zikri, jika memasuki Xinjiang sebagai pelancong, anda akan dilayan dengan baik sebagai pelancong serta dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Xinjiang yang telah ditetapkan oleh kerajaan sahaja.

Namun, interaksi bersama penduduk tidak dibenarkan. Malah terdapat masjid yang dibenarkan untuk dikunjungi para pelancong namun dilarang untuk bersolat (perlu ada permit polis).

Anda boleh teruskan pembacaan kisah pengalaman ekspedisi dengan lebih lanjut di Facebook beliau, Zikri Fuad dan rakannya, Khir Ariffin.

Sumber: FB Zikri Fuad