The Irishman 1

Lelaki Ini Kongsi Cara Tonton Filem Netflix ‘The Irishman’ Tanpa Rasa Bosan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mendapat rating 96% daripada Rotten Tomatoes, 94% daripada Metacritic dan 8.7 daripada IMDb, filem terbaharu di Netflix, The Irishman arahan Martin Scorsese mendapat perhatian ramai kerana diterbitkan hasil gabungan daripada beberapa penerbit hebat seperti Robert De Niro, Martin Scorsese dan Randall Emmett.

The Irishman 2

Mencecah durasi tayangan hampir tiga jam 30 minit, mungkin ada sesetengah yang merasa ‘tercabar’ untuk menontonnya sehingga ke penghujung cerita.

https://twitter.com/johncampea/status/1201231658726215680

Mungkin ada yang tertidur atau mempunyai hal yang lain menyebabkan filem ini tidak dapat dihabiskan dalam satu masa tontonan walaupun durasi tersebut adalah masa yang standard untuk filem Bollywood.

Jadi bagaimana nak elakkan kejadian sebegini berlaku?

Jika anda mahu menonton tetapi merasa ‘tercabar’ dengan durasinya, lelaki yang dikenali sebagai Alexander Dunerfor telah memberikan solusi terbaik kepada anda semua iaitu menonton filem The Irishman ini seperti ‘mini siri’ yang mempunyai empat siri episod pendek.

The Irishman

Dengan pembahagian ini, tak perlu lagi risau mengenai masalah kebosanan atau keterikatan walaupun memang diakui filem terbitan De Niro memang tidak pernah mengecewakan peminatnya.

Secara umumnya, filem The Irishman yang sudah berada di Netflix sejak 27 November lalu berkisarkan mengenai kisah benar kehidupan Frank Sheeran, seorang pembunuh upahan di bandar New York pada tahun 1970-an yang bekerjasama dengan beberapa individu berpengaruh di abad ke-20.

Tonton trailer filem ini di pautan bawah:

Filem ini bukanlah filem pertama yang menampilkan kolaborasi hebat antara Robert De Niro dan Martin Scorsese.