Pendidikan Seks penting

Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Pentingnya Pendidikan Sek$ Pada Usia Muda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pendidikan sek$ sehingga hari ini masih menjadi perdebatan kerana segelintir daripada mereka berpendapat pendidikan sebegini lebih ke arah negatif dan menjadi tabu untuk diajar secara formal.

Buat masa ini pendidikan sek$ diajar di peringkat prasekolah hingga sekolah menengah di bawah sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

Tambahan dengan jenayah sek$ual terhadap kanak-kanak yang makin menular di Malaysia, sememangnya pendidikan sek$ amat penting untuk dipelajari pada usia muda.

Pendidikan Seks penting
Sumber: Transformasi Hati

Dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi, beliau menjelaskan apa itu pendidikan sek$ yang sebenarnya untuk kita hormati dan menjaga maruah diri yang mendapat 10 ribu kicauan di Twitter.

Pendidikan sek$ ini sebenarnya terbahagi kepada lima dimensi iaitu fizikal, intelek, emosi, sosial dan kerohanian.

Pendidikan Seks penting
Sumber: Twitter
Pendidikan Seks penting
Sumber: Twitter

“Budak hari ini lagi dirahsiakan, lagi nak tahu. Handphone sentiasa ada kat tangan. Dia akan cari sendiri.

“Kawan-kawan yang dominan di dalam kelas selalu ajar kawan-kawan pasal sek$, walau budak-budak ini baru darjah 1, 2 dan 3.”

Mengajar pendidikan sek$ di sekolah jauh lebih baik daripada membiarkan anak-anak melayari tanpa kawalan laman-laman sosial [email protected] atau menonton video [email protected] menerusi telefon pintar.

Pendidikan Seks penting
Sumber: Twitter

Ya, kanak-kanak sekarang tidak seperti dahulu kerana mereka lebih terdedah dengan teknologi sejak kecil. Inilah juga risiko yang terpaksa kita hadapi dalam dunia tanpa sempadan.

Menurut Akhi Fairuz, subtopik pendidikan sek$ yang diajar dalam sukatan pelajaran PJPK dan Pendidikan Islam di sekolah pun tidak mencukupi, perlu ada tanggungjawab daripada ibu bapa.

Mentaliti ibu bapa juga perlu diubah, tidak perlu takut menerangkan apa itu sek$ dan bagaimana anak-anak gadis terselamat daripada gangguan sek$ual serta mengelakkan terjadiya perkara-perkara yang tidak diingini.

Mungkin nama pendidikan sek$ itu amat skeptikal sehinggakan dipandang negatif segelintir ibu bapa, netizen menyarankan pendidikan tersebut diubah dengan nama lain seperti pendidikan munakahat, ilmu reproduktif atau anda sendiri ada cadangan nama yang lebih elok?

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi