Jana Pendapatan Jadi Model Tangan

Lelaki Ini Jana Pendapatan RM316,000 Setahun Dengan Iklankan Tangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jana Pendapatan RM316,000 Setahun Dengan Iklankan Tangan

Sebahagian orang mungkin berimpian untuk menjadi model, berjalan catwalk atau menjadi duta untuk produk terkenal.

Tapi ramai tidak terfikir untuk bercita-cita menjadi model tangan. Ya, tangan anda sahaja yang diguna untuk mewakili sesebuah produk. Misalnya, produk perhiasan, produk kecantikan hingga makanan. Malah, ada juga tangannya digunakan untuk menggantikan tangan model/ selebriti.

Salah seorang model tangan lelaki ialah Ray Martell Moore. Jika anda pernah melihat iklan tangan seseorang itu memegang cawan dalam iklan Starbucks, itulah tangan Ray dan dia juga pernah menjadi sebagai ‘tangan’ Jay-Z dalam iklan Samsung.

Rutin menjadi model tangan

Ray telah bekerja sebagai model tangan selama 10 tahun, dia secara amnya menempah dua hingga tiga pekerjaan seminggu sekarang, yang menghasilkan lebih dari $75,000 (~RM316,000) pada tahun lalu sebagai model tangan.

Untuk memastikan tangannya siap dirakam oleh kamera, Ray melembapkan tangannya 30 kali sehari dengan losyen dan mendapatkan sekurang-kurangnya dua manikur seminggu.

Kenapa tangan Ray begitu istimewa sehingga dijadikan model iklan yang gah? (contoh kenapa tidak gunakan sahaja tangan Jay-Z) Salah satu sebabnya ialah warna tangan Ray sangat sesuai untuk penyuntingan iklan.

Selain itu, saiz tangannya tidak begitu besar dan tidak begitu kecil.

“Saya dapat memegang telefon, terutamanya telefon saiz hari ini, dan tangan saya kelihatan semulajadi memegangnya. Ia tidak kelihatan terlalu kecil. Ia tidak kelihatan terlalu besar. Nampaknya ia adalah tangan yang sempurna untuk telefon.”

Jana Pendapatan Jadi Model Tangan

Sebenarnya kerja menjadi model tangan ni sangat sukar dan tak semudah yang kita semua sangkakan.

“Kadangkala, anda diminta untuk melakukan beberapa posisi yang sangat tidak selesa, tetapi pada kamera kelihatan semula jadi. Ia kelihatan sempurna, dan hanya itu yang penting.”

Jadi model tangan pun penat juga ya! Untuk mengambil gambar yang sempurna, Ray perlu berada di lokasi selama 12 jam dengan pengawasan ketat.

Selain melembapkan tangan 30 kali sehari dengan losyen dan mendapatkan sekurang-kurangnya dua manikur seminggu, Ray juga perlu berhati-hati untuk tidak mendekati dengan kucing. Begitu juga apabila memcuci pinggan, dia perlu menggunakan sarung tangan untuk menjaga tangannya.

“Saya masih terkejut. Kerana tidak ada yang mengatakan atau bercita-cita untuk menjadi model tangan.

“Anda tahu kan? Ia hampir pelik, tetapi kemudian anda bangga dengannya. Anda mula melihat tangan anda di seluruh tempat. Anda melihatnya di papan iklan. Anda melihatnya di majalah. Anda melihatnya di bas dan di seluruh tempat. Jadi, ya, anda berbangga dengannya.”

Sumber: Business Insider