Pelindung Screen Telefon Retak 2

Lelaki Ini Jalani Pembedahan Kerana ‘Screen Protector’ Retak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai daripada kita punya tabiat enggan menukar pelindung skrin telefon (screen protector) yang sudah retak bukan?

Merasakan ianya bukanlah sesuatu yang membahayakan dan biasa, mungkin selepas mendengar kisah lelaki ini anda akan segera menukar pelindung skrin telefon bimbit (screen protector) anda yang retak.

Pelindung Screen Telefon Retak

Seorang wanita berkongsikan kisah adiknya yang terpaksa menjalani pembedahan kecil akibat daripada jangkitan di kawasan ibu jarinya yang berkemungkinan disebabkan oleh serpihan kaca pelindung skrin telefon yang sudah retak.

Hampir seminggu lebih menahan kesakitan dan sudah ke klinik beberapa kali, namun jari beliau semakin bengkak dan bernanah sehinggakan terpaksa dirujuk ke hospital.

Kesudahannya, doktor terpaksa melakukan satu pembedahan kecil bagi membuang isi jari yang sudah terkena jangkitan kuman.

Pelindung Screen Telefon Retak 1

Perkara yang terlihat kecil pada awalnya, apabila dibiarkan menjadi semakin besar dan memberikan kesan dalam kehidupan sepanjang hayat.

Jadi untuk mereka yang masih berkira-kira mahu menukar pelindung skrin telefon yang sudah retak, berfikirlah semula beberapa kali. Jangan sampai apa yang berlaku pada lelaki tersebut terkena pada diri anda sendiri.

Ingat beringat sebelum kena.

Sumber: Eishh Rayyania