
Lelaki Ini Jadi ‘Bahan’ Gara-Gara Bisnes Menunggang Agama Paling ‘Win’
Seorang paderi di Afrika Selatan, MS Budeli dikecam hebat kerana dikatakan sanggup ‘menunggang agama’ demi mendapatkan wang melalui bisnes atau perkhidmatan karut yang ditawarkannya.
Dalam persidangan ‘Worship Conference’ yang dianjurkannya itu, orang ramai diberikan tawaran-tawaran mengarut seperti ‘berjumpa dengan Tuhan di syurga’, ‘melihat masa depan menggunakan telefon pintar’, ‘menghapuskan semua hutang’ dan bermacam-macam lagi pada kadar bayaran tertentu yang melampau mahal.
Melalui iklan poster persidangannya itu juga, MS Budeli mendakwa dia boleh membantu sesiapa sahaja untuk melihat keajaiban tanpa menunggu saat meninggal dunia, asalkan mereka sanggup membayar yuran tertentu.
Iklan poster terbabit kini telah menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen memberi kecaman serta berharap orang ramai tidak terpedaya dengan penipuan tersebut.
“Selamat maju jaya kepada mereka yang akan terperangkap dengan perkara karut ini,” ujar seorang netizen.
Menurut MS Budeli, untuk ‘melihat Tuhan di syurga’, orang ramai perlu membayar AS$1,160 (RM5,144.02) dan jika mahu ‘semua hutang dihapuskan’, mereka perlu mengeluarkan AS$290 (RM1,286).
Bagi mereka yang ‘ingin berkahwin segera’ pula, perlu membayar AS$580 (RM2,572.01) dan ‘melihat masa depan dalam telefon pintar’ pula dikenakan jumlah berganda iaitu sebanyak AS$1,160 (RM5,144.02).
Selain itu juga, MS Budeli turut mengenakan bayaran sebanyak AS$17,400 (RM77,160.30) kepada orang ramai yang ‘mahu menang’ dalam permainan perjudian dalam talian popular, Aviator Game.
Persidangan MS Budeli tersebut dijadualkan akan diadakan pada 25 Disember ini. Tidak dinyatakan sama ada pendaftaran untuk persidangannya itu mendapat sambutan atau tidak.
BACA: “Scammer Islamik” – Lebih Bahaya Dari Macau Scam?
Sumber: Harian Metro
Trending now



