
Lelaki Ini Dedah Trend Hari Raya Korban Yang Semakin Membimbangkan
Lagi dua hari umat Islam di seluruh dunia akan meraikan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Masing-masing sudah bersedia dengan haiwan yang akan dikorbankan pada hari kejadian sebagai memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim dalam mengikut perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.
Hampir tiba hari ini, ramailah yang akan melakukan korban untuk menambah pahala, terutamanya korban di luar negara kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia.
Namun, ada beberapa trend yang seakan menjadi ‘kewajiban’ dalam segelintir kelompok masyarakat Malaysia apabila setiap kali tibanya Hari Raya Korban.
Seorang amil zakat, Faisal Rahim di Twitternya @acaijawe ‘menegur’ kelompok tersebut. Jika dibandingkan dengan 10 tahun lepas, jumlah lembu yang dikorbankan di masjid sebanyak 18 hingga 20 ekor.
Jumlah ini semakin lama semakin sedikit gara-gara sikap mereka yang memilih untuk ‘berkorban’ dengan nilai yang murah.
Kalau dahulu, daging korban boleh dibahagikan untuk kesemua penduduk satu kampung atau satu taman. Namun sekarang makin ramai yang tidak dapat; yang datang menunggu dan membantu melapah turut ramai.

Jika keadaan ini berterusan, beliau turut memberikan kemungkinan bahawa pada suatu hari nanti rakyat Malaysia berkemungkinan tidak akan merasa daging korban lagi.
Tetapi di Myanmar, Kemboja dan sebagainya seorang individu berkemungkinan boleh memperoleh 5kg daging kerana lebihan bekalan.
Bukannya tidak sah ‘berkorban’ di luar, tetapi adalah baik ibadah tersebut dijalankan di negara sendiri; lihat darah mengalir atau merasai untuk menyembelih sendiri.
Ada yang mempersoalkan ibadah korban adalah bertujuan mahu memberikan orang-orang kurang berkemampuan merasa makan daging, bukannya untuk orang kampung.
Jawab beliau:
Orang miskin perlukan bantuan wang. Ada tempat daging korban dari tahun lepas masih lagi tidak habis sebab terlalu banyak.
Mungkin sesuai buat korban kat Palestin/ Syria sebab sana lebih perlukan. Tapi ramai tak nak sebab kosnya lebih tinggi dari kat Malaysia.
Beliau turut menambah bekalan daging di Kemboja sebenarnya sudah terlebih sehinggakan bekalan beku dari tahun lepas. Masyarakat di Kemboja sebenarnya lebih memerlukan duit daripada daging.
Bukan tidak boleh ‘berkorban’ di luar negara, cumanya kata beliau kalau tetap mahu menjalankan ibadah korban di luar negara, pilih negara yang benar-benar memerlukan.
Sumber: Faisal Rahim
Pelakon Line Walker 2 di Malaysia.
Nick Cheung , Luois Koo and Francis Ng in Malaysia : LINE WALKER 2
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.