Kenapa Perlu Mohon i-Sinar Walaupun Tak Terjejas

Lelaki Ini Dedah Kenapa Perlu Mohon i-Sinar Walaupun Tak Terjejas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kenapa Perlu Mohon i-Sinar Walaupun Tak Terjejas?

Pertengahan November lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan Akaun 1 mereka melalui i-Sinar.

i-Sinar yang boleh diakses bersama i-Lestari sebelum ini dibenarkan pengeluaran maksimumnya sebanyak RM500 diwujudkan supaya pencarum (ahli) yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama boleh memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

Tujuan i-Sinar adalah membantu ahli terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek, antaranya yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

Sementara mereka yang tidak terjejas pendapatan pula, tidak pasti dengan nasib sendiri sama ada bakal terjejas atau tidak selagi pandemik COVID-19 ini belum berakhir.

Ramai Yang Masih Keliru, Ini Beza Akaun 1 Dan Akaun 2 KWSP 2

Untuk mereka yang masih dalam perhitungan, boleh baca penjelasan seorang pengguna Facebook, Akhtar Syamir tentang pendapatnya mengenai pengeluaran i-Sinar.

Akhtar Syamir sering menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan, emas dan isu semasa.

“Saya perasan ada di kalangan kita yang tidak mahu mengeluarkan duit KWSP melalui inisiatif i-Sinar.

“Alasan utamanya adalah mereka dalam keadaan yang ok dan tidak memerlukan.

“Benar, itu hak anda dan duit anda. Tetapi izinkan saya memberi cadangan mengapa anda perlu keluarkan juga duit KSWP itu.

“Pertamanya, kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Sekarang kita ok. Kerja ada, gaji masih jalan, hutang semua dibayar dengan konsisten. Alhamdulillah,” katanya.

Akhtar mengatakan kita perlu memikirkan persediaan untuk sebarang kemungkinan yang mendatang.

Beliau memberi beberapa keberangkalian:

1. Syarikat tempat kerja tiba-tiba tutup
2. Covid-19 menjadi lebih buruk sebagai contoh di UK
3. Kemalangan dan kematian atau jatuh sakit

“Itu hanya contoh ringkas. Cuba fikirkan jika ianya terjadi? Adakah kita bersedia? Jika ya, adakah RM5,000 atau RM10,000 dari i-Sinar itu tak membantu langsung?

“Percayalah yang apabila situasi ini terjadi, korang akan menangis menyesal kerana tak keluarkan duit KWSP pada waktu ini. Kerana bukan selalu boleh bawa keluar duit dari KWSP, akaun 1 pulak tu.

“Kalau tiada apa-apa nak digunakan atau dibeli sekalipun, keluarkan sahaja. Letak dalam Tabung Haji atau ASB. Tabung Haji antara tempat paling stabil dan tidak dipertikaikan halal haramnya.

“Kenapa jangan tinggalkan dalam KWSP dan masukkan kat Tabung Haji atau ASB? Kerana keupayaan untuk mengeluarkan duit itu apabila diperlukan,” jelasnya.

Akhtar turut menegaskan, jika duit itu kekal di dalam KWSP, selepas ini tiada lagi pengeluaran akaun 1 yang boleh dibuat.

“Berbanding dengan Tabung Haji dan ASB. Pengeluarannya lebih mudah bila keadaan memaksa.

“Jadi, fikirkanlah. Saya sarankan korang hanya tukar tempat duit itu sahaja. Bukan saya sarankan korang habiskan duit tu.”

Apa pun, terpulang kepada kita untuk membuat pilihan bijak. Jika anda menukar fikiran untuk memohon kategori 1 i-Sinar, masih sempat lagi kerana ia dibuka selama enama bulan dari tarikh yang diumumkan.

Manakala kategori 2 pula akan mula dibuka pada 11 Januari ini dan turut diberi masa selama enam bulan untuk memohon.

Nak tahu anda layak kategori mana, boleh baca di sini.

BACA: Permohonan Bermula 21 Disember, Ini 2 Kategori Ahli Yang Layak Mohon i-Sinar