Sindiket Curi Kereta Sewa

Lelaki Ini Dedah Berlaku Sindiket Curi Kereta Selepas Sewakan Toyota Alphard Menerusi Aplikasi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kemajuan teknologi masa kini bukan sahaja membolehkan anda menggunakan perkhidmatan sewa kereta tetapi juga untuk menyewa kereta sendiri untuk menjana pendapatan.

Meskipun begitu, pelbagai perkhidmatan yang wujud ini juga tidak terkecuali berlakunya ketirisan seperti apa yang terjadi kepada pengguna Twitter ini.

Baru-baru ini, Nor Azam Budin berkongsi kisah pahitnya di aplikasi Twitter ketika pertama kali menyewakan kenderaan miliknya iaitu Toyota Alphard menerusi aplikasi Trevo.

Untuk makluman, Trevo merupakan anak syarikat Socar yang membolehkan seseorang membuat tempahan sewa kereta.

Menerusi perkongsian Azam, dia dan isterinya telah bersetuju untuk menyewakan Toyota Alphard selama sehari menerusi aplikasi tersebut dan membolehkannya meraih pendapatan pada harga RM700 sehari.

Selepas bersetuju dengan tempahan berkenaan, wakil dari Trevo yang dipanggil sebagai ‘Dasher’ datang mengambil kereta mereka dan menyerahkan kepada penyewa.

Mengikut peraturan, ‘Dasher’ sepatutnya menyerahkan semula kereta Azam pada malam keesokan harinya selepas tamat tempoh 24 jam.

Bagaimanapun, penyewa tersebut menghantar mesej kepada Azam dengan memaklumkan bahawa dia akan menghantar sendiri kenderaan itu.

Sindiket Curi Kereta Sewa

Dah rasa kereta kena curi

Azam mula berasa resah apabila kereta yang dijanjikan akan dipulangkan pada waktu akhir sewaan belum muncul tiba.

Pihak Trevo memaklumkan kepada Azam bahawa kereta miliknya telah dibawa oleh rakan penyewa ke Banting, meskipun sudah melebihi tempoh sewaan.

Apabila ditanya tentang status kenderaannya kepada penyewa, pelbagai alasan diberikan. Azam terus mengesyaki bahawa keretanya sudah dicuri. Keadaan menjadi lebih keruh apabila keretanya tidak dipasang dengan GPS.

Dalam tempoh 24 jam, Azam membuat laporan polis mengenai hal tersebut. Dia dimaklumkan pihak polis yang mana insuran tidak akan dilindung sekiranya kereta disewakan.

Lebih mengecewakan, gambar yang tertera pada lesen dan kad pengenalan berbeza dengan gambar individu yang dikongsikan di aplikasi Trevo.

Pihak polis juga mempersoalkan beberapa perkara tentang aplikasi berkenaan.

Difahamkan, Azam bukanlah mangsa pertama apabila satu lagi kes yang serupa pernah dilaporkan di balai polis berkenaan.

Situasi ini bertambah sukar apabila Azam mengesyaki sindiket ini melibatkan ‘orang dalam’ kerana maklumat tentang tempahan kereta miliknya telah hilang dalam aplikasi Trevo.

Kes tersebut juga telah sampai ke pihak pengurusan tertinggi Trevo dan mereka memaklumkan akan memberikan ganti rugi sekiranya kereta masih tidak ditemui.

Azam dimaklumkan bahawa keretanya ada dijumpai oleh beberapa orang ramai di sekitar kawasan Klang.

Dalam pada itu, Azam juga memohon bantuan orang ramai jika menjumpai kereta Toyota Alphard berwarna putih dengan nombor plet VHL 805 untuk memaklumkan kepada beliau.

Ganjaran sehingga RM2,000 dan tambahan RM1,000 akan diberikan sekiranya terdapat individu yang berjaya menjumpai dan memaklumkan kepada beliau.

Sindiket Curi Kereta Sewa

Sumber: Twitter Nor Azam Budin