
Lelaki Ini Borong 10 Buah Kereta Lelong Dalam Majlis Anjuran JPJ Negeri Sembilan
Gara-gara kesukaran mendapatkan alat ganti kenderaan lama, seorang lelaki yang juga pengusaha bengkel memborong 10 buah kereta dalam Majlis Lelongan Awam Kenderaan Sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan semalam.
Beliau yang membaik pulih kereta dan lori lama sanggup meredah perjalanan sejauh 200km dari Felda Jengka 7, Pahang memberitahu ramai pelanggan ke bengkelnya sukar mendapatkan alat ganti kenderaan yang sukar diperoleh yang dikilangkan sekitar 1970-an hingga 1980-an.
Pada majlis bidaan sebegini, kebanyakan kereta lama sudah tidak menarik pembida, namun bagi Hashim Harun kenderaan berusia adalah lubuk emas buatnya kerana masih ramai penggunanya sekarang.
Dengan harga keseluruhan bidaan mencecah RM40,000, Hashim tidak melepaskan peluang keemasan setiap majlis lelongan anjuran JPJ termasuklah di Perlis bagi memastikan bekalan alat ganti di bengkelnya mencukupi.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Azrin Borhan memberitahu dalam majlis tersebut sebanyak 82 buah kenderaan dilelong yang membabitkan 28 buah motosikal, 37 buah kereta, lima buah kenderaan pelbagai guna (MPV), lima buah van, enam buah lori dan sebuah treler dengan kutipan keseluruhan sebanyak RM362,325.
Setiap pembida yang berjaya membina, mereka akan memperoleh hak milik penuh ke atas kenderaan dimenangi dalam majlis tersebut yang mana kenderaan yang dilelong sudah dilucutkan hak melalui perintah mahkamah mengikut peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Untuk yang berminat, anda boleh sertai lelongan kereta mewah klon oleh JPJ Selangor pada hujung bulan ini. Baca lanjut DI SINI.
Sumber: Harian Metro
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Wj8RzFmRs/
Trending now



