Kenderaan Redah Banjir 1

Lelaki Ini Berjaya Cipta Bot Melalui Video YouTube Untuk Kegunaan Redah Banjir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Saban tahun, musim tengkujuh mendatangkan kebimbangan pada penduduk Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur.

Sedar dengan keadaan bencana alam itu, seorang lelaki mengambil inisiatif membina sebuah bot menggunakan barangan terpakai seperti paip PVC dan tong dram plastik sebagai kenderaan meredah banjir.

Belajar membinanya hanya dengan menonton video daripada laman YouTube, Abdul Hafiz Musa, 36 tahun hanya menggunakan modal sebanyak RM200 untuk membeli paip PVC, manakala tong dram yang digunakan adalah tong terpakai yang dipotong dua untuk dijadikan tempat duduk selepas mengambil kira sifatnya yang mudah terapung.

Kenderaan Redah Banjir 2

Mengambil masa satu minggu untuk menyiapkannya, bot ini sudah dibina sejak dua tahun lalu. Pada awalnya, bot tersebut menggunakan pendayung untuk bergerak, namun melihat bot fiber yang bergerak menggunakan enjin, Abdul Hafiz mengambil inisiatif lain bagi membolehkan botnya bergerak laju sesuai dengan saiz bot.

Menggunakan kepakaran sebagai seorang tukang kimpal, Abdul Hafiz mengubah suai mesin pemotong rumput yang dibeli dengan harga RM600 untuk dijadikan enjin bot kerana saiznya yang kecil selain turut meletakkan pelampung sebagai alat bantuan kecemasan.

Mampu membawa dua orang dewasa atau tiga orang kanak-kanak dalam satu masa, bot yang dicipta Abdul Hafiz sepanjang 2.13 meter itu bukanlah inovasi pertama hasil kreativiti penduduk di negeri pantai timur bagi kegunaan meredah banjir.

Pada tahun 2017, seorang lelaki, Amin Mohamed, 33 tahun berjaya membina sebuah motosikal yang boleh meredah banjir sedalam satu meter dengan menggunakan modal sebanyak RM500.

 

Kenderaan Redah Banjir

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini melaporkan tiga lagi daerah di Terengganu dinaiki air iaitu Marang, Kuala Nerus dan Kemaman bermula petang semalam hingga malam tadi menyebabkan jumlah mangsa banjir di Terengganu bertambah secara mendadak kepada 5,807 orang di 121 pusat pemindahan sementara melibatkan tujuh daerah di Terengganu.

Sumber: Bernama, Sinar Harian

Antara filem terbaik arahan Quentin Tarantino.

Neo Dan Trinity Kembali Dalam Sekuel Ke-4 ‘The Matrix’

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.