Adiwira malaysia 1

Lelaki Ini Beri Pendapat Mengapa Malaysia Tiada Kostum Adiwira Sendiri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bakal memperkenalkan filem-filem adiwira yang lain selepas Gundala, BumiLangit Studios mendapat perhatian ramai kerana menampilkan filem berdasarkan komik pahlawan seperti MCU.

 BACA: BumiLangit Studios Perkenal Beberapa Karakter Adiwira Selain Gundala

Melihatkan kepada trailer Gundala yang sangat meyakinkan, ramai yang berpendapat siri filem adiwira Indonesia ini bakal mencetuskan fenomenanya yang tersendiri.

Tidak lepas daripada itu, ada yang mempersoalkan mengapa Malaysia tidak menampilkan adiwira mereka sendiri. Tampil berkongsi pendapat peribadinya mengenai isu ini, mari kita baca apa yang Mohammad Yazid Kamal Baharin perkatakan.

PERBEZAAN BUDAYA

Menjadi punca utama tidak wujudnya adiwira Malaysia adalah kerana perbezaan budaya. Budaya yang berbeza menyebabkan filem-filem adiwira Malaysia tidak boleh ‘pergi jauh’. Sebagai contoh, bayangkan ada individu berseluar dalam di luar di tengah-tengah kota, pasti rata-rata daripada kita akan membuat andaian bahawa beliau sedang mengalami krisis emosi.

Adiwira malaysia

Memang benar ianya adalah fantasi, tetapi dalam industri perfileman sekarang, kerja-kerja fantasi diasaskan daripada realiti, mencerminkan dan mewakili realiti. Sudah pasti, ianya tidak akan dipandang serius oleh masyarakat kita; terutamanya dalam dunia media sosial.

Berbeza, dengan budaya Barat yang telah budayanya telah ‘dilukis’ sejarah daripada zaman dahulu. Budaya Melayu yang percaya kepada cerita-cerita mitos, cerita rakyat yang adiwiranya tidak perlu hidup dalam khalayak ramai, cukuplah sekadar di belakang tabir.

Sama seperti pepatah Melayu:

“Tumbuh berpunca,
Punca penuh rahsia,
Tajam tidak menikam lawan,
Memaut tidak merebah kawan,
Tetapi melingkar penuh mesra.”

Tradisi Melayu merupakan senjata paling terbaik untuk kita bangsa Melayu, sebagaimana Jepun dengan Ninja dan Samurainya. Kata beliau, tidak perlu berbalik pada zaman drama Pendekar, cuma terokai peluang ‘storytelling’ dan visual yang betul.

Adiwira malaysia 2

Melayu sebenarnya kaya dengan kandungan-kandungan sejarah seperti Hikayat Hang Tuah dan daripada situ sahaja banyak idea mampu dijana, diolah dan dihasilkan.

Sumber: Mohammad Yazid Kamal Baharin

Lexis Hibiscus 2 lebih mewah daripada yang pertama.

Lexis Hibiscus 2 : YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.