
Lelaki Ini Beli 10,000 Basikal oBike Dari Malaysia, Singapura Untuk Pelajar Myanmar
Perasan tidak, sudah tiada lagi (berkurang) basikal oBike di sekitar bandar raya Kuala Lumpur?
Selepas lebih setahun beroperasi, kualiti perkhidmatan basikal oBike menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai apabila dilihat terabai tanpa diurus selia pihak pengurusan selain tidak digunakan secara berhemah oleh pengguna.
BACA: Longgokan oBike Jadi Mimpi Ngeri DBKL
Daripada perkara ini menimbulkan banyak masalah, pelabur teknologi, Mike Than Tun Win mengambil ia sebagai peluang untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak di tanah airnya, Myanmar.
Mike membeli 10,000 basikal oBike dari Malaysia dan Singapura bermula pada awal tahun untuk diberikan kepada kanak-kanak di Myanmar dengan harapan memberi kemudahan kepada mereka ke sekolah.
Katanya, dengan adanya kemudahan basikal, mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk berjalan kaki sejauh 10km atau selama 2 jam untuk ke sekolah.
“Saya akan mempunyai lebih banyak masa untuk belajar dan bermain dengan kawan-kawan,” kata seorang pelajar berumur 11 tahun. Pelajar tersebut berasa senang hati apabila menerima basikal tersebut.

Mike berharap dengan pemberian basikal itu akan membantu lebih ramai kanak-kanak untuk ke sekolah, mahu mereka menerima pendidikan untuk ‘melarikan diri daripada kemiskinan’.
UNICEF menganggarkan 55 peratus kanak-kanak di Myanmar hidup dalam kemiskinan, manakala separuh daripada mereka yang berumur 17 tahun tidak menerima pendidikan.
Setakat ini, basikal-basikal yang dibawa ke Myanmar diberikan kepada kanak-kanak di Yangon dan akan meneruskan skim tersebut ke Mandalay dan Sagaing.

Menurut Mike, ini hanyalah permulaan – matlamatnya untuk mengekalkan momentum dan menyerahkan sejumlah lagi basikal dalam tempoh lima tahun.
“Basikal ini mungkin tiada apa-apa nilai di negara berkenaan, tetapi ia amat bermakna bagi mereka di sini,” ujar Mike.
Sumber: CNA
Trending now



