Curi Emas Untuk Biayai Kos Rawatan Ibu Bapa

Lelaki Didakwa Curi Emas Teman Wanita Untuk Biayai Kos Rawatan Ibu Bapa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kes seorang lelaki ditangkap selepas didapati mencuri emas tular di Indonesia kerana perbuatannya itu bukan untuk kesenangan dirinya tetapi untuk membiayai kos rawatan ibu bapanya di hospital.

Apa yang lebih menarik perhatian, Dewa Made Swela, 35, melakukan perbuatan itu di rumah keluarga teman wanitanya di Banjar Dinas Sekar, Kabupaten Buleleng, Indonesia selama dua bulan.

Curi Emas Untuk Biayai Kos Rawatan Ibu Bapa

Berikut merupakan kronologi kisah lelaki ini yang mendapat liputan meluas di republik berkenaan.

Menurut keterangan Ketua Polis Banjar, suspek ditangkap pada hari Sabtu, 12 Disember lalu.

Kecurian itu bermula ketika ibu dan bapanya dimasukkan ke Hospital Umum Pusat Sanglah Denpasar.

Mangsa, Putu Widiadnyani merupakan teman wanita suspek dan kejadian berlaku di rumah keluarga mangsa tetapi tiada seorang pun berada di rumah ketika itu.

Melihat situasi itu, pelaku mengambil kesempatan secara beransur-ansur mengambil perhiasan emas di bawah tilam.

Dewa Made mengakui telah melakukan tindakan mencuri itu secara berperingkat-peringkat iaitu sebanyak empat kali mulai Oktober 2020 hingga November 2020.

Selepas mendapatkan barangan kemas yang dicuri, pelaku kemudian menggadaikannya secara bertahap di beberapa tempat iaitu Lovina, Banyuasri, Banyuning dan Singaraja Pengadaian.

Emas yang dicuri digadaikan lebih daripada RM18,281,988 untuk biaya merawat ibu bapanya yang dirawat di hospital sehingga mereka meninggal dan digunakan untuk biaya majlis kebumi.

Curi Emas Untuk Biayai Kos Rawatan Ibu Bapa
Sumber: IDN Times

Antara barangan kemas yang diambil oleh suspek termasuk tiga cincin emas seberat 12 gram (g), tiga cincin emas seberat 40g, kalung rantai emas seberat 65g, gelang emas seberat 12g, dua gelang bros emas seberat 25g dan tiga bungkusan emas seberat 12 gram.

Akibat jenayahnya, suspek dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Modus operandinya mengambil barang atau perhiasan yang diletakkan di dalam dompet yang disimpan di bawah tempat tidur ketika rumah itu kosong.

Kes ini telah memberi pelbagai reaksi orang ramai untuk menilai pandangan masing-masing.

Sumber: IDN TIMES

BACA: Pemuda Gadai Motosikal Kawan Untuk ‘Dating’ Dengan Teman Wanita