Lelaki Mahu Bereksperimen Dijangkiti COVID-19

Lelaki Dedah Tak Ambil Vaksin, Mahu Bereksperimen Rasai Sakit Dijangkiti COVID-19

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Lelaki Dedah Tak Ambil Vaksin, Mahu Bereksperimen Rasai Sakit Dijangkiti COVID-19.

Masyarakat perlu segera mengambil vaksin bagi melindungi seramai mungkin orang sebelum mutasi menjadikan vaksin tidak berkesan.

Bagaimanapun, masih ada lagi individu yang tetap menolak vaksin dengan memberikan pelbagai alasan.

Tular sebuah video daripada pengguna TikTok yang menyatakan mahu bereksperimen terhadap dirinya berkaitan dengan COVID-19.

Menerusi video terbabit, lelaki itu mahu membuat pemerhatian COVID-19 dengan tidak mengambil vaksin dan membandingkan dengah ahli keluarganya yang telah mengambil vaksin.

Ujarnya, dia bukanlah seorang antivaksin seperti mana dakwaan sesetengah pihak. Dia menceritakan dirinya juga tidak menolak vaksin tetapi mahu melakukan pemerhatian sekiranya terkena jangkitan COVID-19. Dia juga mengatakan mahu menggunakan rawatan alternatif kepada dirinya.

vaksin COVID-19

“Cuma saya nak buat pemerhatian kepada diri saya sendiri. Sekiranya kalau saya terkena COVID, jadi saya boleh rasa macam mana sakit kena COVID.

“Dan saya boleh mengaplikasikan rawatan alternatif kepada diri saya sendiri. Sekiranya kalau keluarga saya terkena COVID walaupun dah divaksin, saya nak tengok kebarangkalian jangkitan terhadap diri saya sekiranya saya tidak divaksin.

“Sebab apa kita lihat sekarang, semakin ramai orang di vaksin semakin tinggi kes dan semakin ramai orang yang mati,” katanya.

Dalam pada itu, dia juga mendoakan supaya segala urusan orang ramai dipermudahkan dan pada masa yang sama turut meluahkan rasa sayang kepada ahli keluarganya.

@abdullahjamadi

” Abang ni antivaks ke?? ” jadi.. inilah jawapan saya. Kalau tak setuju, boleh komen..

♬ Sucide Humming – Nasheed

Rata-rata netizen yang melihat video terbabit terkejut dan berasa marah dengan pendedahan lelaki itu.

Lelaki Mahu Bereksperimen Dijangkiti COVID-19

Lelaki Mahu Bereksperimen Dijangkiti COVID-19

Lelaki Mahu Bereksperimen Dijangkiti COVID-19

Sementara itu, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 secara mandatori kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mencapai sasaran 80 peratus imuniti berkelompok menjelang Oktober ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya dilaksanakan kelak, individu yang enggan menerima suntikan dos vaksin COVID-19 boleh dikenakan hukuman mengikut undang-undang sedia ada.

Buat masa ini, kerajaan sedang mengkaji sama ada kumpulan antivaksin ini tidak mahu menerima vaksin kerana berpenyakit atau sengaja tidak percaya dengan vaksin.

BACA: Lantang Kutuk Vaksin Di Media Sosial, Lelaki Ini Meninggal Dunia Akibat COVID-19