
Lelaki Dedah Kisah Di Sebalik Slogan ‘Mana-Mana Rancak, Berdosa!’ Yang Jadi Trend Terkini
Hari ini rancak… Di sini rancak… Di sana rancak… Berdosa!
Dua tiga hari ini kami pasti slogan ini sering anda dengar. Sama ada ia ‘dizikirkan’ oleh anda sendiri, atau anda mendengar ia diungkapkan rakan-rakan di sekeliling anda mahu pun di media sosial.
@ahmadsaffuan86 Hari ini rancak, mana mana rancak, berdosa berdosaaaa π€πππ
Dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, lelaki yang memulakan trend tersebut, @ahmadsaffuan86 tampil menjelaskan kisah di sebalik tularnya slogan berkenaan.
@ahmadsaffuan86 Mai kita dengaq penjelasan Mana Mana Rancak BERRDOSAAA !!!
Menjelaskan yang ia bukanlah slogan yang dicipta sendiri sebaliknya diambil dan diubah daripada dialog yang beliau dengar daripada rakannya.
Tertarik dengan ayat berkenaan, beliau mencari video asal yang dimulakan oleh individu yang beliau gelar sebagai ‘Mat Motor’ di TikTok sebelum dimuat naik di TikTok peribadinya sebagai hiburan kepada rakan-rakannya di media sosial.
Tanpa diketahui yang slogan itu akan menjadi tular dan diikuti ramai orang.
Setakat ini video berkenaan sudah pun ditonton lebih 4.3 juta kali.
Trending now



