COVID-19 Hilang Lepas Joging

Lelaki Dakwa COVID-19 Hilang Lepas Keluar Berjoging Ketika Positif, Ini Respon Doktor

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seperti yang semua sedia maklum, bukan semua pesakit COVID-19 perlu dimasukkan ke hospital kerana ia bergantung kepada keadaan kesihatan mereka.

Mereka yang mengalami gejala ringan hanya perlu menjalani kuarantin diri di rumah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tular sebuah video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok, seorang lelaki mendakwa dirinya kembali ‘sihat’ selepas melakukan senaman joging selepas dua hari disahkan positif COVID-19.

Menurut lelaki itu yang merupakan seorang jurulatih kecergasan, ketika larian dibuat tiada sebarang kesan buruk terhadap prestasi staminanya.

“Saya positif ketika jalankan aktiviti sukan di kawasan sunyi,” katanya.

Selepas berjoging selama hampir 10 kilometer, dia melakukan ujian kendiri dan didapati negatif membuatkan orang ramai terkejut.

COVID-19 Hilang Lepas Joging

COVID-19 Hilang Lepas Joging

Doktor dakwa mengarut

Video berkenaan bagaimanapun mendapat respon negatif daripada kalangan doktor yang mendakwa pendedahan tersebut adalah salah.

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah tampil membidas teori yang mendakwa berlari hingga keluar peluh mampu ‘menghilangkan’ COVID-19.

Menurut Dr Rafidah, semua itu mengarut dan apabila positif perlu mengasingkan diri dan kuarantin.

“Dah kenapa pergi berlari 10km diluar??? Nak pass kan virus anda kepada orang lain?”

“Ada juga ya manusia macam ini. Pendapat saya, elok ditangkap saja,” katanya.

Jelasnya, RTK Ag adalah ujian saringan dan jika melakukan ujian PCR individu itu masih lagi positif, jangkitan tidak hilang dengan kadar segera.

“Bagus buat ujian berkala tapi negatif tidak bermaksud anda tiada ya.

“Kalau anda ada jangkitan COVID-19, ada risiko serangan jantung.

“Rehat, kekal hidrasi & makan makanan sihat. Bukan pergi berlari jarak jauh. Tunggu-tunggulah dahulu,” katanya.

Rata-rata netizen yang melihat video itu mengecam tindakan lelaki terbabit kerana berada di luar rumah ketika positif COVID-19 yang boleh mengancam bahaya menjangkiti orang lain.