
Lelaki Cari Jodoh Guna Iklan Gegantung Bakal Tamatkan Zaman Bujang Aidiladha Ini
Siapa masih ingat lagi gula-gula nostalgia zaman kanak-kanak? Jika disebut nama gula-gula White Rabbit, tidak ramai boleh membayangkan rupa gula-gula tersebut tetapi jika disebut gula-gula susu atau ditunjuk plastik gula-gula pasti ramai teringat,
“Oh, ni gula-gula boleh makan plastik sekali!”

Pada awal bulan Februari, tular di media sosial tentang gula-gula White Rabbit dijual dalam bentuk aiskrim. Namun, aiskrim perisa White Rabbit ini hanya dijual di Amerika di sebuah kedai aiskrim Wanderlust Creamery yang berpangkalan di Los Angeles.
Pemilik Wanderlust Creamery berkata, aiskrim ini sememangnya diperbuat daripada gula-gula White Rabbit dan dijadikan dalam bentuk aiskrim yang lazat.
https://www.instagram.com/p/BuRbg7cBLzI/?utm_source=ig_web_copy_link
Rasanya macam tiada ikonik plastik gula-gula yang boleh dimakan pada aiskrim itu.
Memang menjadi menu terhangat selepas diperkenalkan kerana sebanyak 39 gelen aiskrim telah terjual dalam masa satu hari! Ramai pencinta pencuci mulut memuat naik gambar aiskrim White Rabbit dan meminta kedai tersebut mengekalkan menu aiskrim itu.
Namun, perisa aiskrim ini hanyalah edisi terhad dan dijual sehingga Mac sahaja.
Hanya mampu telan air liur sahajalah sebab tak dapat merasa aiskrim perisa nostalgia ini. Mungkin ada pengusaha aiskrim terdetik mahu lancarkan aiskrim sebegini di Malaysia? Pasti ramai yang ingin mencubanya kan?
Sumber: Hype MY
Pergi Bali nak menginap hotel mana? Tonton
7 Penginapan Yang Sering Dikunjungi Di Bali
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/399359767277151/