
Lelaki ‘Buat Gila’ Jual Kembali Roti Gardenia Dengan Harga RM699 Sebuku
Seorang lelaki ‘buat gila’ dengan menjual kembali roti Gardenia dengan harga RM699 sebuku.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, roti Gardenia turut menjadi ‘mangsa’ kepada pembelian panik rakyat Malaysia.
Sering kali kehabisan stok, pengeluar roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memaklumkan bahawa pihak syarikat tidak dapat menambah bekalan produk mereka di pasaran kerana tahap pengeluaran sudah berada di paras maksimum.
BACA: Gardenia Minta Orang Ramai Bertenang, Beli Ikut Keperluan Biasa
Disebabkan stok yang sukar didapati, ada pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menjual kembali roti Gardenia dengan harga tidak masuk akal.
Antaranya, seorang lelaki menjadi tular di laman media sosial selepas menjual sebuku roti Gardenia 400 gram oleh beliau dengan harga RM699.
Sejak daripada hantarannya menjadi tular, rata-rata daripada pengguna laman media sosial mengecam tindakan beliau yang disifatkan sebagai cubaan mengambil kesempatan dalam kesempitan yang sedang rakyat Malaysia hadapi.
Malah ada juga yang secara sarkastik melakukan yang sama seperti lelaki berkenaan.
Classic Jumbo nak tolak mur mur rm2999. Nego tipis bro pic.twitter.com/2Nepcd7Svr
— SFLH (@saifullahismail) March 25, 2020
Roti Gardenia Preloved… Sekeping RM0.30..
Reason Jual : Adik salah beli.. pic.twitter.com/bmaUnCpKO3
— Syaifullah Ghani (@Syaifulghani) March 26, 2020
Gardenia Original Classic 400gr
*URGENT*Saya ada +-100 package gardenia nak dilepas, nak bagi harga kawan…
Berat : 400gr
Condition: Tip top like a new 9.9/10, tak de calar
Price : Rm275
Free postage
COD availableReason jual sebab nak pindah planet pluto.. pic.twitter.com/71PbChsIwu
— kang bubur (@bangsyirr) March 26, 2020
Selepas menjadi tular, akaun lelaki berkenaan sudah tidak dapat ditemui. Mungkin beliau hanya sekadar bergurau tetapi ini diambil serius oleh semua pihak.
Terdahulu, Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini telah dilanjutkan sehingga 14 April hadapan sebagai salah satu usaha drastik kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Walaupun pengumuman ini sudah dijangka dengan melihat kepada sikap rakyat Malaysia serta kadar peningkatan kes yang berlaku, namun Perdana Menteri tetap meminta rakyat Malaysia agar kekal tenang di rumah.
BACA: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April
Ini turut dijangka sendiri oleh pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar yang mendakwa kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan ini akan dilanjutkan kepada dua bulan lagi selepas melihat pada sikap acuh tak acuh rakyat Malaysia yang masih lagi mengabaikan penjarakkan sosial serta tidak mengamalkan etika batuk dan bersih yang betul.