Untitled design-4

Lelaki Bertubuh Sasa Jual Durian Tanpa Berpakaian Ditegur JHEAT

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihati seorang laki-laki bertubuh sasa tanpa berpakaian yang menjual durian untuk berhenti menampilkan tubuhnya di hadapan orang ramai.

JHEAT berpandangan hal ini adalah untuk melindungi dirinya sendiri dari fitnah dan mendapatkan keberkatan dalam perniagaan.

Artikel berkaitan:

JHEAT berpendapat apa yang terjadi dalam video yang tular tersebut tidak seharusnya terjadi, tidak hanya di Terengganu tetapi di mana pun.

Netizen dan masyarakat akan berbicara tentang hal ini yang tidak baik meskipun apabila beliau sudah menutup aurat, namun ketika berada di depan orang awam, dia seharusnya tidak memperlihatkan tubuhnya seperti itu.

Menutup aurat itu haruslah dengan cara yang ‘manis’, ‘indah’ kerana kita ingin menjaga martabat diri. Dari situ, Insya-Allah, akan ada limpahan rezeki bagi setiap orang yang mencari rezeki halal.

Buat masa ini, JHEAT telah memberikan nasihat dan belum mengambil tindakan yang tegas berkenaan masalah tersebut.

Di bawah Seksyen 35, Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu, perbuatan mendedahkan tubuh di tempat awam bagi menimbulkan ghairah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Tular di media sosial rakaman video dan gambar seorang lelaki berbadan sasa yang dikatakan seorang duda anak tiga tidak berpakaian ketika menjual durian di Kampung Baru, Seberang Takir di Jambatan Angkat.

Difahamkan, lelaki berstatus duda anak tiga itu merupakan ahli bina badan dan pernah bergelar Mr Body Cantik selama tiga tahun berturut-turut sejak 2017.

Sumber: Sinar Harian