
Lelaki Bertengkar Enggan Bayar Tol, Beri Alasan Nak Hantar Bantuan Undang Kritikan Netizen
Lelaki Bertengkar Enggan Bayar Tol, Beri Alasan Nak Hantar Bantuan Undang Kritikan Netizen.
Dalam mana-mana situasi, pasti wujud segelintir individu yang mengambil kesempatan berkaitan isu banjir denga pelbagai alasan yang diberikan.
Seperti kejadian banjir tempoh hari, didapati ada pihak sanggup menipu kononnya membuat kutipan derma bagi membantu mangsa banjir padahal ianya demi kegunaan sendiri.
Ini pula kisah tular baru-baru ini, sebuah video memaparkan tindakan beberapa orang individu yang didakwa sedang bertengkar dengan dua pekerja di sebuah plaza tol disebabkan enggan membayar tol.
Difahamkan, mereka dikatakan dalam misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir dan meminta untuk dikecualikan dari membayar tol.

Petugas berkenaan memaklumkan tiada pengecualiaan pembayaran tol bagi setiap individu yang melalui laluan lebuh raya melainkan beberapa agensi yang telah ditetapkan.
“Polis bantuan, mana-mana sukarelawan serta pihak agensi kerajaan yang lain juga perlu bayar tol.
“Ini kena sentuh sahaja dengan kad prabayar Touch n Go,” katanya.
Video berkenaan mendapat perhatian sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. Rata-rata mengatakan alasan individu terbabit tidak wajar dan secara tidak langsung telah mengganggu laluan pengguna lebuh raya lain.
“Bajet duit tol ada, tapi tak nak guna dengan alasan misi bantuan, kami yang kerja kerajaan pergi misi bantuan pun kena bayar tol, lagi-lagi sukarelawan.”
“Nak beri bantuan ke atau minta bantuan.”
@andy8836 Datang memberi bantuan tanpa mahu bayar toll.pendapat anda?#fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #foryou
BACA: Wanita Ini Kongsikan 16 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Daripada Bencana Banjir Kali Ini
Trending now



