
Lelaki Bernafsu Pelik Sanggup Curi Kasut Dan Sepatu Jiran Untuk Jadikan Koleksi Peribadi
Seorang lelaki bernafsu pelik sanggup mencuri kasut dan selipar jiran tetangganya dan dijadikan koleksi untuk memuaskan nafsunya.
Kegiatan jijik Theerapat Klaiya, 24 tahun yang berasal dari Nonthaburi, Thailand itu terdedah selepas beliau ditahan pihak polis hasil daripada pencarian jejak menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar kediaman mangsa.
BACA: Pelajar Indonesia Dipenjara Seumur Hidup Atas Kesalahan Perkosa Ratusan Lelaki
Turut ditahan bersama 126 pasang selipar dan kasut yang dipercayai dicuri sejak lebih dua tahun lalu, Klaiya memberitahu beliau akan memakai kasut dan selipar tersebut di dalam rumah dalam keadaan ghairah sebelum memeluk, mencium dan melakukan hubungan intim dengannya.
Pernah ditahan pada tahun lalu atas kesalahan sama di daerah lain, kesemua koleksinya akan dijaga dengan rapi.

Mengaku bersalah atas tuduhan mencuri pada waktu malam, memiliki alat pemancar digital (digital transceiver) tanpa izin dan melanggar perintah berkurung susulan penularan COVID-19, Klaiya seorang lelaki bernafsu pelik ini akan ditahan dii balai polis sehingga pihak pendakwaan memutskan proses hukuman selanjutnya.
Tahukah anda kelakuan ini digelar sebagai shoe fetishism yang mana seseorang individu itu tertarik secara seksual terhadap kasut?
Merupakan satu gangguan seksual, individu yang memiliki keinginan seksual terhadap kasut biasanya akan berfantasi dan boleh merasa ghairah apabila melihat benda yang disukainya (kasut atau sebagainya).
Sumber: Metro UK
Trending now



