
Lelaki Amuk Pecahkan Cermin Kereta ‘Play Victim’, Buat Laporan Polis Palsu Cuba Dicederakan Isteri
Lelaki amuk pecahkan cermin kereta play victim buat laporan palsu cuba dicederakan isteri.
Beberapa hari lalu, media sosial kecoh dengan video tindakan amuk seorang lelaki yang pecahkan cermin kereta yang dinaiki isteri dan dua anaknya.
Difahamkan, lelaki itu pada awalnya memaklumkan untuk memberikan wang kepada anak mereka namun apabila menghampiri kereta itu, dia mula naik angin dan memaut pada tingkap kereta yang dibuka sedikit sehingga pecah dan tercabut.
Kejadian tersebut menyebabkan anak keduanya cedera.
Menjawab persoalan netizen yang tertanya apa yang berlaku kemudiannya, wanita yang dikenali sebagai Amira Nabila itu berkongsi kepada media MStar mengenai kejadian tersebut.

Menurut Amira, selepas memecahkan tingkap kereta, suaminya (kini mereka dalam proses perceraian) mengambil anak sulungnya. Beliau pula mengundur kereta sehingga sampai ke depan rumah sebelum membawa anak keduanya masuk ke dalam rumah.
Tidak lama kemudian, suaminya meninggalkan anak sulung mereka di depan rumah dan membawa kereta Amira ke balai polis. Satu laporan polis dibuat ke atas Amira dengan dakwaan Amira menutup tingkap kereta semasa beliau mahu menyerahkan duit.
Menunjukkan rakaman video sebagai bukti bahawa dakwaan berkenaan adalah palsu, lelaki berkenaan ditahan polis pada hari sama dan direman selama empat hari bermula 14 Disember 2021 dengan kes disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.
Ramai yang tampil menyelar perbuatan lelaki berkenaan yang bertindak kasar kepada isteri dan di hadapan anak-anak yang masih kecil.
Termasuklah daripada seorang peguam, Muhammad Syarafi yang memberitahu penyelesaian kes sebegini boleh diatasi dengan membuat permohonan kepada mahkamah untuk perintah injuksi.
“Perintah injuksi ini nak mudah faham satu perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah keluarkan untuk menghalang mana-mana pihak dari mendekati pihak pemohon dalam tindakan ini dalam jarak yang ditetapkan oleh Mahkamah.
Perintah ini boleh dimohon secara sebelah pihak (ex-parte) jika mempunyai unsur keterdesakan seperti mengancam keselamatan diri macam dalam video ditunjuk itu.
Sebagai peguam biasanya memang kita akan advice anak guam untuk proceed dengan permohonan untuk dapatkan perintah injuksi ini supaya dapat meredakan keadaan.”
Baca lanjut di: Lelaki Amuk Tumbuk Cermin Masjid, Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah Sewa