
LEGOLAND Malaysia Lancarkan Struktur Bumbung Gergasi: Pengalaman MINILAND Lebih Menyegarkan
LEGOLAND® Malaysia Resort telah melancarkan struktur bumbung setinggi 5 tingkat yang meliputi seluruh kawasan MINILAND.
Struktur bumbung ini merupakan penambahbaikan terkini di LEGOLAND Malaysia Resort yang akan memberikan pengunjung pengalaman yang lebih menyegarkan untuk menikmati struktur LEGO® bersaiz hidup yang terdapat di MINILAND.
Artikel berkaitan:
-
Remaja Autistik Cipta Rekod Bina Replika LEGO Kapal Titanic Terbesar Di Dunia
- ‘Ingatkan Kereta Sebenar’ – Myvi Versi Blok Binaan Raih Perhatian Ramai
-
Anak Masih Tidak Rapat? Ini Cara Sebenar Untuk Benar-Benar ‘Bonding’ Dengan Anak Anda
Menurut CS Lim, Pengarah Bahagian LEGOLAND Malaysia Resort, dengan binaan baru yang melindungi kawasan MINILAND, pengunjung dapat meresap suasana dan benar-benar mengalami struktur LEGO bersaiz hidup yang menggambarkan mercu tanda ikonik Asia dengan selesa.
Disokong dengan keluli seberat 405,718 kg, struktur bumbung ini berdiri setinggi 18 meter dan meliputi kawasan yang mengagumkan sebesar 8,663 meter persegi, hampir kepada saiz 106 gelanggang badminton.
Keempat-empat struktur bumbung ini mengambil masa kira-kira 9 bulan untuk dibina dan mewakili salah satu penambahbaikan terbesar dan terbaru di LEGOLAND Malaysia Resort pada tahun 2023.
Pengalaman MINILAND yang Lebih Sejuk
Di MINILAND, pengunjung dapat belajar dan meneroka budaya Asia di satu tempat sahaja.
Sebuah karya agung yang dibina dengan lebih 30 juta bata LEGO®, MINILAND memaparkan mercu tanda ikonik dari 17 negara Asia, seperti Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur, Taman Merlion Singapura, Taj Mahal India, Tanah Lot Indonesia serta Kebanggaan Johor Malaysia sendiri, Istana Bukit Serene.
Banyak dari tarikan ikonik ini mempunyai efek animasi dengan hanya menekan butang sahaja bagi membawa pengunjung masuk sepenuhnya ke dalam nostalgia sejarah mercu tanda ini.
Pengalaman interaktif ini membantu pengunjung tanpa mengira usia untuk ‘melancong ke seluruh dunia’ dan meneroka budaya dan sejarah yang berbeza dalam suasana yang lebih dekat dan menyeronokkan.
Sesuatu yang Baru di Setiap Kunjungan
Untuk benar-benar menikmati LEGOLAND Malaysia Resort, pengunjung memerlukan lebih dari satu hujung minggu.
Oleh itu, pengunjung dari Malaysia digalakkan untuk menaik taraf kepada pas tahunan yang tersedia dengan pembelian tiket taman tiga hari dengan harga penuh.
Pemegang pas tahunan memiliki akses tanpa had ke LEGOLAND Malaysia selama setahun dan sejumlah manfaat dan diskaun sepanjang tempoh sah.