Lee Zii Jia

Lee Zii Jia Penerus Legasi LCW Selepas Berjaya Singkirkan Chen Long?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setelah 19 tahun berperang dalam gelanggang badminton, Datuk Lee Chong Wei secara rasminya mengumumkan persaraannya pada 13 Jun lalu.

Kekal diingati sebagai legenda dalam dunia badminton, kekosongan ‘kerusi’ yang beliau tinggalkan sepertinya akan diisi oleh Lee Zii Jia, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah yang berusia 21 tahun.

Zii Jia yang berjaya mengejutkan dunia badminton apabila berjaya mengalahkan Juara Olimpik China, Chen Long dalam pusingan kedua Terbuka Indonesia semalam dengan agregat mata 21-16, 19-21, 22-20 dalam masa 90 minit.

Lee Zii Jia 1

Gembira kerana berjaya mengalahkan Chen Long yang juga merupakan pemain kegemarannya, Zii Jia tidak pernah mengharapkan kemenangan untuk mengalahkan Cheng Long namun sentiasa mencuba sehabis baik.

Merasakan ianya bukanlah kemenangan yang perlu diraikan lagi, Zii Jia masih perlu berdepan dengan satu lagi perlawanan dengan pemain Denmark, Anders Antonsen hari ini.

Perlawanan ini dilihat sebagai hari yang buruk buat China. Pada pusingan kedua, Lin Dan berjaya dikalahkan oleh pemain dari Taiwan, Chen Chou-tien dengan agregat mata 22-24, 21-17, 13-21 manakala Shi Yuqi pula tidak dapat meneruskan permianan selepas kalah menentang Antonsen dengan agregat mata 6-7.

Sumber: New Straits Times