HIV Berpunca Aktiviti Songsang

Lebih Separuh Kes Jangkitan HIV Berpunca Daripada Perlakuan Semburit

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tianjin merupakan bandar persisiran pantai di utara China bersempadan dengan Beijing dan daerah Heibei terkenal dengan pelancongan rekreasi. Bandar pelancongan ini kaya dengan nilai budaya, sosial dan ekonomi China sejak dari seabad lalu.

Pelbagai tarikan pelancongan seperti The Five Great Avenues, Menara Radio dan TV Tianjin serta Drum Tower membolehkan pengunjung merasakan pelbagai sisi bandar ini.

Roda Ferris Tianjin Eye
Sumber: Amusing Planet

Bagi penggemar sejarah akan dibawa ke masa silam yang dikelilingi oleh unsur klasik di Tianjin Ancient Cultural Street, manakala Tianjin Binhai New Area menawarkan pengunjung tarikan yang moden seperti Galeri Seni Moden Binhai, Pusat Kebudayaan Kawasan Baru Binhai dan meneroka seni Perpustakaan Tianjin Binhai yang sensasi.

Juga yang menjadi simbolik kepada bandar Tianjin ini ialah roda ferris Tianjin Eye yang dibina di atas Jambatan Yongle merentasi Sungai Hai. Tianjin Eye berdiameter 120 meter dan menjadikan satu-satunya roda ferris yang dibina atas sebuah jambatan. Pengunjung dapat melihat keseluruhan bandar Tianjin dengan menaiki roda ferris ini.

Ini beberapa fakta tentang roda ferris ikonik Tianjin:

1. Telah siap dibina pada tahun 2008 dan dibuka kepada orang ramai pada April 2009.
2. Menjadi antara 10 roda ferris tertinggi di dunia dan nombor satu di Asia.
3. Menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan mempunyai 48 kapsul penumpang; setiap kapsul boleh membawa 8 penumpang.
4. Mengambil masa 20-40 minit untuk satu putaran sempurna, mampu menampung kapasiti maksima sebanyak 768 penumpang sejam.

Tidak dapat menaiki roda ferris, mengambil gambar dengan Tianjin Eye dari jauh sudah cukup teruja. Melihat roda ferris ini dari Jambatan Jingang, kira-kira 800 meter dari selatan Tianjin Eye, pasti tidak berkelip mata melihatnya dengan dikelilingi bangunan gah yang ditemani cahaya lampu pada waktu malam.

Roda Ferris Tianjin Eye
Sumber: Amusing Planet

Bagaimana ke sana?

1. Ambil bas 516, 652, 910 dan turun di Yongle Bridge Station atau Yuanwei Road Station.
2. Kemudian ambil bas 894, 954 dan turun di Shijitianle Station.
3. Ambil laluan 1 dan turun di Jingang Bridge Station.

Waktu operasi: 9.30a.m – 9.30p.m (Isnin tutup)

Biasanya, pada hari cuti, tiket akan dijual sekitar pukul 5p.m – 6p.m.

Berkunjung ke Tianjin boleh terbang terus dari Kuala Lumpur menggunakan syarikat penerbangan AirAsia tanpa perlu bertukar transit.

Sumber: Travel China Guide

Lelehan keju itu seperti melelehnya air liurku.

Beb Stone Oven Pizza

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2257344317855551/